Assalamualaikum dan salam hari Khamis.... hep..hep.. horay! esok bermula cuti-cuti Malaysia.... Selamat bercuti kepada anak-anak dan cikgu-cikgu sekolah... kepada emak-emak dan bapak-bapak jom kita bawa anak-anak makan angin atau balik ke kampung bertemu datuk nenek dan sanak saudara...
Kenduri kahwin?? Musim cuti sekolah ni memang ramai orang buat kenduri kahwin... bersusun kad jemputan dan kenduri yang perlu dihadiri... kenduri sanak saudara, kenduri jiran tetangga, kenduri sahabat handai dan kenduri anak beranak sendiri... kalau diberi kesempatan eloklah kita penuhi semua jemputan tapi maklumlah... mana yang mampu kita tunaikan alhamdulillah... yang tidak mampu tu... kita ziarahlah mereka di kesempatan yang lain... moga hubungan silaturahim dapat dieratkan sentiasa....tak gitu?
Baiklah, menu dapor gee-hut hari ini asam pedas ayam... suka tak asam pedas? kalau tanya orang Johor atau orang Melaka sah sah kata suka kan...? kata orang, asam pedas Melaka memang power! Apa kata tengahari ini kita masak asam pedas nak..? Tapi bukan Melaka stail yer... gee-hut stail noooo.....
ASAM PEDAS AYAM
Rujukan : Ayu Singapore,
Olahan ikut citarasa : gee-hut
4-5 sudu besar cili kisar + 1 cm belacan bakar
1 sudu kecil bawang putih kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar kunyit serbuk (k.gee letak kunyit hidup 1 inci)
2-3 keping asam keping (k.gee letak 1 sudu asam jawa)
2-3 cawan air
Sedikit belacan (k.gee tambah bersama bahan kisar)
1 batang serai dititik
Segenggam daun kesum
Tomato atau bunga kantan
Gula (k.gee tambah)
garam dan serbuk perasa secukupnya
Caranya :-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik baunya. Masukkan serai dan kacau. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dan masukkan asam keping (air asam jawa), bunga kantan, tomato dan daun kesum. Tambah air jika perlu. Kecilkan api dan biarkan hingga betul betul masak dan kuahnya pekat baru matikan api. Sedia dihidangkan.
Memang beessssttt..... !!
my fav asam pedas.....sedapnyaaaaa....menyelerakan sungguh..
ReplyDeletedah sebulan rasanya tak makan asam pedas..kuahnya nmpak pekat, kita sukee..
ReplyDeletesalam kak gee..
ReplyDeletewah, telan air liur tengok menu asam pedas ayam tu..sedapnyaa..
Assalamualaikum Kak..Saya pun sukeee asam pedas tak kira apa isi pun..Klu jumpa restoren asam pedas mesti rasa nak mencuba..Tapi klu ada masa boleh masak ni kat rumah..
ReplyDeleteSedap...kuah tu yg mengncam tu..
ReplyDeleteKak Ros tak pernah masak asam pedas ayam. Kena cuba la kot.
ReplyDeleteamat amat amat menyelerakan!
ReplyDeletesalam
ReplyDeletenpk menyelerakan asam pedas ayam tu..
ngancam tgk kuah akak..sedapnye asam pedas ayam ni..lama xmkn..
ReplyDeleteAssalam kgee
ReplyDeletebestnya cuti2 leh jln, kita. Kat umahnya je
lapar tgk asam pedas ayam ni
sedapnya
Salam kak gee.. dh lama xmakan asam pedas ayam.. nmpk cantik merah kaler dia. lg pedas lg sedap nih.
ReplyDeletewaaa...hidangan ayam asam pedas yang menyelerakan...
ReplyDelete