Salam Jumaat untuk semua...
Sabda Rasulullah s.a.w... "Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan dan paling hari itu Adam dimasukkan ke syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat mengadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan kebaikannya... " Amin...
Ini bingka pandan yang k.gee buat beberapa minggu lepas, konon2nya nak posting kat MFF Malaysian Food Fest ~ Kelantan yang dihostkan oleh Gertrude dari mykitchensnippets tapi...ehem.... kurang menjadi... kata emak kurang kelapa atau terlebih tepung kot... jadinya kuih bingka pandan k.gee ini liat sikit... rupa pun kurang cantik... malu pulak nak post kat MFF... kongsi di laman sendiri ajelah... hehehe
Kuih Beko / Bingka Kelapa
Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara :
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
Selamat menjamu mata... heeee
salam kak gee..
ReplyDeletesya suka sangat makan bingka pandan ni..sedap..bingka tu comel ja kak..
assalamualaikum...
ReplyDeletenani datang di pagi jumaat yang mulia ni.. amik resepi... kot2 esok nak buat senang ada resepi.. mudah lak bahan2 dia... insyaALLAH nak test wat.. mekasih kak gee.. :)
as-salam
ReplyDeletenampak sedaplah bingka tu...suka yg garing2 kat atas...
alahaiiiiii comelnya bingka Gee ni....geram je tngk...nak 5 ketoi....
ReplyDeleteRajin betul akak sorang ni!!!!
ReplyDeleteGee ummi nampak cantik je, cute lah bingka Gee tu, dapat makan 2-3 ketul best ni.
ReplyDeletesalam kak G..berkenannya tgk bingka akak ni..kiut2..sekali makan je camtu..senang..hehe
ReplyDeleteTp nmpk cantik ls kak gee..zils bbrape ari ne tringin nk mkn bingka..nk buat mls..hecheee
ReplyDeletecomel bingka pandan tu kak gee...da lama jugak kita tak pekena bingka pandan..
ReplyDelete