Salam Jumaat dan salam penuh baraqah...
Ya Allah,
Panjangkan lah umur kami,
Kurniakanlah kami kesihatan yang baik,
Terangilah hati kami dengan Nur pancaran imanMu,
Dekatkan kami kepada kebaikan
Dan jauhkan kami dari segala kejahatan
Kurniakan kami kesenangan, ketenangan, kecemerlangan
dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran
dan
liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat
Amin...
Apa khabar semua...? Semoga sihat dan ceria selalu.... hari Jumaat mestilah ceria dan semangat bekerja berkobar-kobar kan....?! sebab..... esok dan lusa cuti...!! horay...!! seronoknya dapat bercanda-canda di rumah... boleh lepak-lepak dan santai-santai depan tv... ops! 5 haribulan jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang cintakan negara, bangsa dan agama yer... buatlah pilihan terbaik... Semoga Allah ikhlaskan hati kita dalam apa jua yang kita lakukan.. insyaAllah
Menu k.gee hari ini daging black pepper resepi dari rakan sepejabat k.gee yang namanya Kak Ton... ahai.. bukan Kak Ton yang comey dalam iklan Tv tu yer... ini Kak Ton orang biasa-biasa saje dan resepi pon biasa-biasa saje tapi... giler punyer podeh... berasap telinga den... ! power!!
DAGING BLACK PEPPER
Resipi : Kak Ton
Bahan-bahan:
500gm daging - potong nipis dan rebus sehingga empuk
2 biji bawang besar - potong dadu
3-4 ulas bawang putih - cincang halus
1 sb lada hitam yg ditumbuk kasar
5-10 biji cili padi
1 batang serai - dititik
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
2 sudu besar sos lada hitam maggie
1/2 sudu garam halus
1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara Memasak:
1) Tumiskan bawang putih, bawang besar, serai dan cili padi. Kacau supaya tidak hangus.
2) Masukkan pula daging dan sedikit air. Kacau hingga sedikit menggelegak.
3) Masukkan kicap manis, sos tiram, lada hitam dan sos lada hitam.
4) Tambahkan garam dan gula secukupnya. Renehkan seketika agar daging lembut dan kuahnya pekat.
5) Bila dah agak pekat boleh lah dipadamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Selamat mengundi dan selamat menjamu selera....
yang pedas la tu sedap gee... barulah nmpk asap kuar kot telinga..hehehee
ReplyDeletesalam k.gee..
ReplyDeletetayang daging black pepper pula ya..memang ngam makan tengah lapar gini..nak skit kak..
perghhhhh..menyelerakan betul..wat ratah2 je ni sedap..kan..
ReplyDeleteHussss kak....saya suka hangat2 pepper tu...harus 2 mangkuk ratah dulu...pastu nnti nk idang tinggal kelopak munger capsicum tu aje atas meja...heeeee
ReplyDeleteuish... rasa macam nak bawak balik je
ReplyDelete