Pages

Tuesday, May 14, 2013

Puyuh masak lemak belimbing


Hari ini tayangan menu kampung saje... biasalah masih mood balik kampung.... kebetulan masa balik kampung ituhari buah belimbing buluh sedang lebat... sepikul k.gee bawa balik... sebahagiannya k.gee masak lemak... sebahagian lagi buat sambal ikan dan sebahagian lagi sedekah kat kawan-kawan.... ada kawan2 yang suka belimbing masak asam.... memang sedap buah belimbing ini kalau sudah dibuat lauk.... walaupun rasanya masam tapi sedap bila dimakan dengan nasi dan lauk2 lain...  



Ops... sorry yer pic blur semacam.... ambil gambar di rembang petang lah katakan... hahaha....



PUYUH LEMAK BELIMBING
Bahan-bahan

5 ekor burung puyuh-siap dibersihkan. Potong 4
10 biji belimbing buluh
1 mangkuk santan
garam - secukup rasa
2 sudu kerisik
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit

Bahan kisar :

10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.   Biar naik minyak sedikit.
2. Masukkan puyuh, serai dan garam, kacau rata.... biar seketika sehingga puyuh empuk.
3. Masukkan santan dan buah belimbing, kacau.
4. Kemudian masukkan kerisik dan daun kunyit. Biar mendidih.
5. Tutup api dan siap untuk dinikmati


Sudi-sudikanlah menu kampung dari gee-hut ini...


7 comments:

  1. as-salam
    saya mmg suka lauk kampung..berselera tgk puyuh lemak belimbing tu.tapi saya tak mkn burung buyuh..mcm mana rasanye..?

    ReplyDelete
  2. salam k.gee…..alahai meleleh air liur pepagi ni. saya xpandai masak & makan puyuh tapi pernah try puyuh goreng sambal @thai restoren sedap rupanya.

    ReplyDelete
  3. Salam kak gee...semalam ada jumpa puyuh ini kat jusco yg dh siap perap tu...hubby sury suka puyuh ni..tapi sury pulak cam x sampai hati je nk tgok n makan puyuh tu..uhuhuhuu

    ReplyDelete
  4. Pergh terliur menitik2 air liur dah ni, lauk mcm ni bertambah2 nasik

    ReplyDelete
  5. assalam,

    harini bunda BW random , kebetulan sampai kat blog2 masakan dan makanan pelbagai...sedap2 plk tu...ini puyuh masak lemak belimbing pulak...memang mengancam ..

    ReplyDelete
  6. Kak,
    Kita kalau beli puyuh selalu buat goreng je sebab itu yg selalu suami request nak makan.

    ReplyDelete
  7. Hamboi Gee... kemain lagi si puyuh tu posing ye...hihihiii best resepinya ni, si puyuh banyak kolestrol, ditambah dengan belimbing buluh... waduh! Jadi seimbang dong!

    ReplyDelete