Assalamualaikum... syukur alhamdulillah ya robb masih dapat meng'hidup'kan blog ini walaupun sehari dua ini masih bersedih hati di atas kehilangan seorang sahabat yang sangat disayangi.... kehilangan buat selama-lamanya... innalillahiwa inna ilaihi rajiun... moga roh Kak Yan berada dalam kalangan orang2 yang beriman... amiin... al-fatihah
Apapun kita yang tinggal perlu meneruskan kehidupan... Ok, menu k.gee hari ini kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran k.gee dan keluarga... memang selalu k.gee buat kuih lapis ini cuma kali ini atas request si eQa k.gee buatkan warna-warni yang meriah macam traffic light... cuma susunan saje yang tersilap sikit... hehehe... Resepi nya k.gee angkut dari dapor chef idola k.gee lah... siapa lagi kalau bukan si jejaka CMG... terima kasih Che Mat... kuih yg sangat sedap...
KUIH LAPIS TRAFFIC LIGHT
Sumber : Dapur tanpa Sempadan
Resepi asal : Kuih Lapis Nyonya a.k.a kuih Genggang
Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air
Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan
BAHAN C :-)
Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili
Cara membuatnya :-)
1.Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
2.Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
3.Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
4.Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!
Kuih lapis berwarna warni,
Makan bersama sanak saudara,
Sahabat yang hilang tiada pengganti,
Moga kau tenang dan bahagia di sana...
Al fatihah.....
Nampak enak & menarik kuihnya tu kak gee..
ReplyDeleteMoga ditempatkan roh kawan kak gee tu dikalangan orang beriman. Al Fatihah
Salam kak gee,alfatihah..takziah buat kluarga sahabat kk gee tu.
ReplyDeleteAda trafik light kat sini tu le kena stop kejap...heee...cantekkk kuih nya..halus mulus je..psstt prop lawa le..mana beli :-)
Sury Abil >
ReplyDeleteprops? hehehe... gadget2 biasanya beli di Parkson, SSF atau kedai 2 hinggit... tgk keadaan...
takziah jgk dari zila kak gee..
ReplyDeletekuih chumill..kemas jew cara potong kuih tue kan..:)
takziah jgk dari zila kak gee..
ReplyDeletekuih chumill..kemas jew cara potong kuih tue kan..:)
salam kak..
ReplyDeletecantiknya kuih lapis..cantik kaler..kalau buat sayang pula nak makan sebab cantik..hihi..
Salam kak gee..rajinnya melapis. suka tgk warna dia. cantik!
ReplyDeleteWah...makcik jeles nengok kuih lapis trapik tu..
ReplyDeleteWeeee....Gee, lenkali pandai2lah cari lorong rumah kelabu putih tu yeaaa....senang jer nk dtg hantar kuih ni, no traffic light pun...pastikan seloyang yea, bukan setengah...hehe
ReplyDeleteWehuuu....k.gee...walopun yg ijo tu izin mcm x izin aje nk lalu tp lawalah plak bila jd kepala ijo gitu...hehe...nk hangkut srkali ngan loyang love tu! Syantekkk
ReplyDeleteBila tiba lapis warna merah kena berhenti mkn ni gee :D
ReplyDeleteal-fatihah buat allahyarhamah Kak Yan... moga rohnya tenang di sana...
ReplyDeletekuih tu kan Gee mengancam mata yang memandang terus menggoda selera...cantik sangat kombinasi warnanya tu!