Sudah 15 Syawal rupanya... balang kuih pon sudah tinggal serdak aje lagi... kesian pulak tengok anak-anak terkuis-kuis habuk kuih tu... nampak gayanya kenalah buatkan biskut raya kali ke dua pula untuk mereka.... sebenarnya bukan anak saje yang nakkan biskut raya emak pon sama juga...hehehe
Biskut cendawan ini k.gee buat sehari sebelum balik raya itu hari... memang tahun ini k.gee berhajat nak buat biskut raya yang lain daripada tahun2 sebelumnya... apalagi... k.gee selongkar dapor2 chef blogger yang ada resepi biskut2 yang hebat dan menarik... saje nak test power!!! hahahaha.... alhamudlillah nasib baik menjadi walaupun ada sedikit kerumitan dan uijian kesabaran.... berkat bulan Ramadhan semuanya berjalan lancar.... Terima kasih kepada mereka... Ita Masam Manis, Siti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani.
BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Ita Masam Manis, Siti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani...
Olahan : gee-hut
Bahan-bahannya:
225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung (k.gee tak letak)
1 sudu teh emplex
k.gee tambah 1/2 cawan badam serbuk
Caranya :
Pukul butter bersama gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Terap doh dengan acuan cendawan
Susun terapan cendawan atas loyang
Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
Sekarang kita sediakan icing
ICING
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
Biskut yang comel dan sedap...
cubalah!
rajinnya k.gee buat kukis terap2 ni...klau sy x laaa...susah rasanya nak adjust ketebalan adunan tpung tu...huhuhu...
ReplyDeletealahai..cantiknyer biskut raya.. sayang nk makan... tun mmg fail bab mencantikkan kuih nih.. tak bape nk rajin pun ye jugak. biskut tun semua guna cookie presser sbb malas.. haha
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeletecome bskt cendwn 2...
thn ni pn sy bt bskt cndwn jgk. memang rumit dan mencabar....
comel dan sedap biskut cendawan ni...
ReplyDeleteCantik menawan biskut cendawan tu Gee... Rajinya :)
ReplyDeletesweet je kaler biskut cendawan akak. Berkenan la kat cawan putih tu
ReplyDeleteSHRMZB wat gee sekeluarga ye..eeii tomei..tomei kukis tu..bak akak 3 ketui!
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri Gee...nak serbu rumah la camni....byk biskut raya lg x, xpun wat nasi minyak bidan terjun lak eh...hehe *eh, seriau sebut terjun2 ni...takut terjun gaung... :))
ReplyDeletemasa nak raya hari tu,saya pun ada satu bekas biskut cendawan tapi yang di beli je.suka biskut ni dan ia rangup sekali.
ReplyDeletecomey nyer sayang nk makan heheh :)
ReplyDeleterajinnya kak gee..thn ni sy buat biskut terap 1 jenis jek...berkejar dgn masa & anak kecik.
ReplyDeleteComeinya sekut...salam lebaran kak..
ReplyDeletecomelnyer biskut..kreatiff
ReplyDeletecomelnya sekut cendawan...hehe..cendawan dah tumbuh kat celah2 rumput hijau...
ReplyDelete