Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi Malaysia... semoga Malaysia terus maju, aman damai dan sejahtera selamanya serta dirahmati oleh Allah swt....
Kebabom... kebabom...kebabommm....!!! Layan kuih bom aje la yer... tuan rumah Selasa blues.... heeeee
KUIH BOM
Bahan A.
1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh garam
Air
Bijan secukupnya
INTI KELAPA
1 biji kelapa parut (seeloknya yang lembut)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Daun pandan
air
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan. kemudian tapis.
Masukan kelapa parut ke dalam kuali dan curahkan air gula yang sudah dimasak tadi. Kacau sehingga sebati dan pekat. Biarkan sehingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Bancuh bahan A (kecuali bijan) sehingga menjadi doh yang sebati dan uli sedikit sehingga lembut dan tidak melekat. Buatkan bulat-bulat anggaran 30 gm setiap satu, leperkan masukan inti. Bulat2kan lalu digolek ke atas bijan. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga keemasan.
Daaaa.... jumpa lagi esok yer....
salam
ReplyDeletewahhh!!!sedapnye kuih bom ..
kuih peberet hubby Liza ni tp dah lama tak buat..
ReplyDeleteKuih bom kuih kesukaan kita...nak dua ketul.
ReplyDeleteLama x mkn kuih pebret masa kecik2 dulu..
ReplyDelete
ReplyDeleteLucky me I ran across your site by chance
https://decor-ksa.com/iron-fences/
http://mchaabaty.com/dawadmi/
http://mchaabaty.com/templates/
http://mchaabaty.com/riyadh/
http://mchaabaty.com/stone/
http://mchaabaty.com/heritage/