Bizi..bizi..bizi... jadual akhir tahun yang selalunya padat dengan aktiviti demi aktiviti... kadang2 tak sempat nak jengok ke dapur bila balik ke rumah pun sudah hampir senja... nasib baik ada hb yang memahami dan emak yang sentiasa membantu kerja-kerja di dapur... terima kasih hb dan terima kasih emak!
Ini sahajalah menu yang sempat k.gee godek... sup ayam yang serba ringkas digandingkan dengan ikan bilis goreng cili padi dan kailan ikan masin... k.gee masak sup saje yang lain emak yang sediakan... hehehe beruntung kan ada emak bersama kita...
SUP AYAM SIMPLE
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji kentang - potong kecil
1 biji karot - potong memanjang
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup - cincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Cara Masak:
1.Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk kasar.
2. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini berserta sup bunjut sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sekejap.
4. Tambahkan pula air dan ubi kentang. Biarkan mendidih dan kentang empuk.
5. Bila sudah mendidih, masukkan garam, karot dan daun sup. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat menjamu selera....
Simple2 pun berpeluh juga hirup sup kan...hehe...
ReplyDeleteLiza pun selalu jugak buat sup simple cmni, pastu mkn pulak dgn sambal kicap, perghhhh terbaik la...hiihhii
ReplyDeleteNak sup yg dalam mangkok aladin tu.. nak gak.. hahahaha..
ReplyDeleteSedap ni kak gee.. bizi memang bizi.. masak wajib..
Sup pon sodap Gee ;)
ReplyDeletesup ayam mmg penyelamat!!! paling senang dan cepat dan sedap kan!
ReplyDeleteFoto yang cantik ini telah menampakkan sup ayam Gee kelihatan hebat sekali!
ReplyDeletesedapnya hirup kuah sup time cuaca sejuk macam sekarang ni..
ReplyDelete