Salam Isnin dan salam penuh kesyahduan... Satu berita sedih dari Kuantan pagi ini.... Salam takziah buat keluarga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik yang mati ditembak di hadapan rumahnya sendiri petang semalam... Polis masih menyiasat punca kejadian... marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham... moga rohnya di tempatkan di kalangan para syuhada.. amin...
Semalam k.gee hanya berehat2 di rumah sahaja sambil membelek2 majalah lama dan buku2 resipi sehinggalah ter'jumpa' resipi tart shepherd comel ini dari majalah Rasa... kebetulan k.gee memang ada stok shell tart yang k.gee beli dari seorang rakan... selalu sangat buat yang manis2 jadi kali ini nak mencuba yang pedas pulak... k.gee olah sikit resipinya dan sesuaikan dengan citarasa dan bahan2 yang ada di rumah... wah! memang sedap....
TART SHEPHERD
Resipi : Kolej Komuniti Selayang - RASA September 2011
Olahan : gee-hut
Doh pastri (k.gee beli shell tart yg segera)
Inti :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
250 gm daging cincang
5 ulas bawang putih ) k.gee tambah
5 sudu sos piza ) k.gee tambah
Garam. gula dan lada sulah
Minyak untuk menumis
Bahan kentang lecek:
500 gm ubi kentang (direbus dan lecek)
20 gm susu segar
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Cara memasak :
Inti :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan sos piza.
3. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih dan daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada sulah. Biarkan sehingga pekat dan masak. Sejukkan.
5. Kentang dilenyek dan campurkan susu segar. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
6. Seterusnya sudukan adunan inti dan kentang lenyek ke dalam kulit tart.
7. Taburkan keju (k.gee tambah) di atasnya dan bakar 10 minit dalam oven 175'C.
8. Sedia untuk dimakan.
Memang sedap...cubalah...
Nampak macam talam berlauk pulak tu... Sedap juga tukar selera pd yg pedas ye Gee boleh Cuba ni.. sheel tart beli dimana gee ;)
ReplyDeleteCAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) >
ReplyDeletememang sedap yati...rasa piza pon ada sbb gee guna sos piza... shell tu tempah dgn kawan sbb malas nk buat.... heee
sedapnya... nampak comel sangat. tp x rajin pulak nak sediakan shell tu!
ReplyDeletewa kak...apalah rasanya ye...
ReplyDeleteRajin jak gee kn..msuk list nnt2 kita try kak.
ReplyDeletealahai.. comel sgt, sayang nk makan.. hihi...
ReplyDeletewah sedap ni. Kak ros pun ada beli shell tart tu tapi tak tahu nak buat apa , now dah dapat idea
ReplyDelete