Pages

Tuesday, December 10, 2013

Donut tragis...


Syukur alhamdulillah keadaan banjir di Kuantan semakin pulih....cuma ada satu dua tempat air masih belum surut sepenuhnya... mangsa banjir pun sudah kembali ke rumah masing2 walaupun keadaan selepas banjir tak sama seperti sebelumnya... sehari dua ini sepanjang jalan di kawasan banjir bertimbun2 harta benda yg asalnya tersusun rapi di dalam rumah kini berlonggok menggunung umpama pusat pelupusan sampah di luar rumah memasing... YaAllah Subhanallah Allahu Akbar.... tak sanggup nak melihatnya.... bercucuran airmata kami... hanya padaMu kami memohon Ya Allah... ampunkan dosa2 kami.... tunjukki kami jalan yang benar.... agar kami menjadi hambaMu yang bertaqwa... 


Dalam suasana yang tragis begini, sebenarnya mood untuk berblogging pun tenggelam timbul... tak sampai hati nk tayang makanan segala bagai sedangkn mereka di sana ada yg kelaparan kebuluran kesejukan... anak kecil menangis dahagakn susu sedgkn si ibu menggelupur mencari air untuk bancuh susu anak... ada yg bergaduh bertumbuk berebut bila bekalan makanan tiba... setiap waktu mereka disuap nasi berlaukkan sardin terus dari tin... tidur bertilamkm lantai sekolah dan berbantalkan lengan sendiri.... Ya Allah... kasihan mereka...

Tapi hari ini k.gee terpanggil untuk mencoretkan sesuatu sebagai tanda ingatan k.gee di masa hadapan... walaupun k.gee terselamat dari gelombang 'tsunami kecil' yang melanda warga Kuantan tetapi kesannya begitu menyentuh perasaan k.gee dan perasaan ramai orang yg bersimpati... inikah UJIAN Mu YaAllah?? Subhanallah Allahu Akbar...



DONUT

Resipi : Izah (Izah Muffin Lover)
Sumber : Nadz (oven kecil)

Bahan-bahan:

•2 sk yis mauripan
•1/4 cawan air suam
•1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
•3 cawan tepung gandum
•4 sb gula
•1/2 sk garam
•2 sb susu tepung
•1 biji telur
•1/2 cawan air - kurang lebih
•2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-cara:

1.Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.

2.Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

3.Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.

4.Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

5.Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:

•Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Sabar ~ solat ~ syukur... inilah kunci dalam menghadapi ujian kehidupan...
Prof Mohd Kamil Ibrahim


4 comments:

  1. Salam Kak Gee, semua tu ujian dari Allah yaa, bersabar dan kita banyak2 baca doa..donat tu nampak gebu dan tembam..

    ReplyDelete
  2. merekalah org yg sabar terima ujian ini...org lain belum tentu.

    Anak sy ajak buat donut...sy belum sempat buatkan lagi. boleh cuba resepi ni pulak.

    ReplyDelete
  3. salam kak gee...ingatkan donut yg tragis...
    semoga semua bersabar dengan ujian itu..serta menjadi hamba Allah yg semakin kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  4. tak boleh tengok resepi donut..memang suka sangat..nie pun tengok picture donat gee gebus ja..sedap..

    ReplyDelete