Selamat pagi... Kuantan sudah dilanda banjir... beberapa tempat sudah dinaiki air termasuklah kawasan di sekitar perumahan kediaman k.gee... ini kawasan rumah k.gee petang semalam...
Menu yang ringkas pagi ini... pankek atau lempeng pisang... biasalah bila musim hujan perut lapar memanjang... elok sangatlah simpan stok makanan banyak2 di rumah terutama stok makanan kering... maklumlah nak keluar rumah memang malas jadi godek2 aje apa yang ada.. Jom layan tekak...
PANKEK PISANG
3 biji pisang berangan - dilecek
2 cawan tepung gandum
3 sudu pasir halus
2 sudu teh baking powder (ayak)
1 biji telur
100 ml susu cair/santan kotak
1 sudu marjerin - cairkan
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campur pisang yang dilecek, tepung gandum, garam, gula dan baking powder.Gaul rata.
2.Masukkan pula susu cair/santan kotak dan telur. Tambahkan marjerin yang dicairkan. Kacau rata.
3.Panaskan kuali non stick. Lengser butter sedikit dan tuang sesenduk adunan pancake. Masak hingga timbul lubang dan terbalikkan. biarkan sekejap masak dan angkat.
4. Boleh di hidangkan dengan coklat cair, madu atau apa sahaja jem pilihan.
Nah... nganga mulut...
Salam kak gee,
ReplyDeleteKawan kawan saya di Kuantan pun ramai yg rumahnya dimasuki air. Semoga keaadan kembali pulih.
Sedapnya Gee layan masa sejuk-sejuk ni ye... hendaknya lempeng pisang yg baru angkat dari kuali tu... :)
ReplyDeleteMusim banjir dapat makan ni memang tak ingat la air penuh kat luar kan Gee??
ReplyDeleteAssalamaulaikum GEE rasa nk ngendeng jer lempeng tu sekeping...
ReplyDeleteBnjir truk phang kn kak.tc kak gee.
ReplyDelete