Thursday, January 31, 2013

Ikan siakap fresh lagi...


Salam sayang semua.... Sedapnya dapat makan ikan fresh kan... dari kolam terus terjun ke kuali... (ops! cucilah dulu yer...) teksturnya lembut, lemak dan manis isinya... pendek kata memang puas hatilah... sedap..sedap..sedap...! tambah2 pulak harganya lebih murah... fuuuuhhh!!! 3 ekor ikan siakap kami 4 beranak meratah semalam...  seekor k.gee kukus tomyam, seekor lagi goreng berlada dan yang seekor lagi k.gee bakar bodo jer cicah kicap lada... berpeluh-peluh dahi memasing... huh! rasa nak terlentang kekenyangan....  


Hari ini kita layan siakap goreng berlada yer... inspirasi resipi dari QH dan CMG dengan sedikit derhaka ikut citarasa dan stok bahan yang ada di dapor k.gee... Minta izin angkut resepinya balik rumah yer...




IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Inspirasi dari : Qaseh Honey
Resepi Asal: Ikan Tongkol Goreng Berlada CMG

Bahan-bahannya :-)

1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan* - QH guna ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih (k.gee tak letak)
1 biji bawang besar
2 biji buah keras (k.gee tak letak)
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa (k.gee gantikan gula dengan sos tiram)
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara membuatnya :-)

Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan. (k.gee goreng garing2 sebab suka krap krup...)

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi (QH kisarkan saje bahan2 ni). Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.

Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api.

Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.



Kalau memang hantu pedas boleh try cili mexico dr cameron highlands ini... cili paling pedas di dunia taw!! compem berasap telingaa... !!!


Wednesday, January 30, 2013

Murtabak pak arab


Ya habibi Ya Maulana... pagi-pagi naik unta... hehehe... apa khabar semua? Sudah sarapan ke? k.gee sarapan yang ringkas saje... beli roti arab dan buat inti daging macam murtabak tu... inti tu pon belen buat topping piza hari tu... lepas itu lapiskan, curahkan telur dan masuk oven... bila sudah masak, potong dan hidangkan....



MURTABAK ROTI ARAB

3 keping roti arab
3 biji telor - kacau sedikit macam telur dadar
Keju mozarella parut

Inti

100 gm daging cincang
2 biji bawang besar - potongd dadu
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu rempah kari
1 sudu culi kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak menumis

Panaskan kuali dan tumis bawang putih, cili kisar dan bawang yg dipotong dadu.  masukkan rempah kari dan sedikit air.  gaul rata.  masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk.  tambahkan garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga agak kering.  Angkat dan sejukkan.

Cara melapis :

Sediakan loyang yang hampir sama saiz dengan roti arab.  Sapukan sedikit marjerin.  Letakkan roti arab dan lapiskan inti di atasnya.  curahkan telur.  Ulangi lagi sehingga 3 laipsan dan laipsan atas sekali taburkan keju mozarella parut. Masukkan ke dalam oven 180 darjah celcius selama 15 mint. 



Ops... jangan tenyeh mata yer... memang pic kelabu asap...
hehehe...  



Tuesday, January 29, 2013

Menu kasih sayang


Assalamualaikum... masak apa yer untuk anak2 tengahari ini? Tentunya menu istimewa kan... maklumlah air tangan ibu semestinya enak di tekak anak2... Lebih2 lagi para ibu yg sepanjang masa berada di rumah... celik saje mata, kaki tangannya ligat di ceruk dapor... kelentang kelentung gedebak gedebuk... tup tup! siap terhidang juadah di atas meja... Walaupun kekadang peluh mengalir dari dahi sampai ke kaki tapi ibu tetap ibu... tersenyum riang melihat anak menjilat jari sambil menghirup kuah di pinggan.... hmmm sedapnya mak.... esok masak lagi yer lauk sedap2... alaaahai.... sejuk perut ibu mengandung bila dapat pujian dari anak2... kan.. kan?!


Bagi ibu2 yg bekerja pulak... tepat saje jam 5 petang terus pecut vrooomm balik rumah... dalam kepala dh tergambar menu2 nk masak hari ini... sampai di rumah singsing lengan baju dan startlah bersilat, bertaici dan ber taekwon-do bagai dengan periuk belanga... Kepada para blogger pulak time ini lagilah thrill nya... masak sebabak, menembak sebabak lagi... itu belum bab mengarang dan mengedit... waaaaa.... mengalahkan perdana menteri sibuknya... hahahaha.... biasa lah resam dunia masak memasak kann.... hehehe



Hisyy...melalut jer k.gee ni... Oklah, hari ini kita jamu mata ajelah yer menu berbuka puasa untuk hb semalam dengan hidangan nasi putih, gulai udang dan daging masak kicap...

Selamat menjamu selera yer...


Saturday, January 26, 2013

Kek pisang vs kopi-o


Salam hujung minggu... Terus saje terjah ke dapor gee-hut hari ini...  wah! kek pisang bersama kopi-o sudah terhidang nampaknya... apalagi...! jom kita sama-sama nikmatinya.... mulakan dengan bismillah... semoga rezeki yang dikurniakan Allah ini diberkati dan dijauhi dari seksaan api neraka... amin


Sedap rupanya minum kopi-o kaw ni yer... Terang biji mata kejap... Oooo patutlah orang kata kopi-o boleh hilangkan mengantuk... hehehe... k.gee jarang minum kopi sebenarnya sebab bukan minuman favourite tapi bila minum sekali sekala ni sedap juga... ditambah pulak dengan keenakan kek pisang tu... memang ngam lah !!




KEK PISANG

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas (dilenyek dan campurkan garam)
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum  (diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla/ esen pisang
Secubit garam

Cara-caranya:

1. Kisarkan gula bersama telur hungga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Kemudian masukkan pula pisang yg telah dilenyek, esen, minyak dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan campuran tepung. Kacau rata .
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven 175 darjah celcius selama 45 minit atau hingga keperangan.



Salam hujung minggu semua...



Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul ~ Laksa


Junjungan Mulia ~ Al Mizan

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia ...



Selawat dan salam buat junjungan Agung Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku..." Al Nasaí dan Ibn Hibban

Jadi marilah kita bersama-sama banyakkan selawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW....


Sempena cuti hari ini k.gee hidangkan laksa kari xpress versi gee-hut....main campak2 aje... xpress sebab k.gee gunakan bahan2 yang ada dalam stok sediada... masak pon untuk 2 orang makan sebab anak2 tidak gemarkan laksa berkari ini... untuk anak2 k.gee masakkan nasi goreng dengan nuget...  




LAKSA KARI versi gee-hut

Bahan - bahan

1 paket laksa basah
4 ekor ikan kembong - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2 sudu rempah kari Babas
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan
2 sudu kerisik
1 senduk minyak masak
4 keping asam gelugor
Daun kesum
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering
Bahan iringan

Timun, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris

Cara-caranya:
Celur laksa basah seketika dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, rempah kari serta serai hingga wangi dan bangkit baunya.  Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul gaul dan curahkan santan serta sedikit air.  Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor.  Biarakan mendidih.  Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya.  Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari. Cubalah... 

 

Subhanallah...


Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday





DAGING MASAK LEMAK CILI PADI 

500gm daging batang pinang
20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 batang serai - dititik
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 biji ubi kentang - potong 4
1 sb minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit


Caranya:-)

1. Blend cili padi, kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
2. Panaskan minyak, masukkan serai dan tumis bahan-bahan tadi ke dalam periuk. 
3. Masukkan daging dan tambah air sedikit. Masak sehingga empuk.
4. Bila sudah empuk masukkan air, ubi kentang dan daun kunyit . 
5. Apablia ubi kentang telah empuk baru masukkan santan pekat, garam, gula dan asam gelugor.
6. Sesuiakan rasanya dan tutup api.

7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.


Syukur alhamdulillah...
kenyang sudah...


Tuesday, January 22, 2013

Bubur JALI ?



Ini dia si jali jali...
Lagunya enak lagunya enak merdu sekali
Penat sedikit tidak peduli sayang
Asalkan puan asalkan tuan senang dihati...

Ewah...ewah... pepagi lagi perut sudah menyanyi keroncong yer... hehehe... Tetiba k.gee teringat Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang suatu ketika dahulu pernah menjadi penyanyi nombor 1 Asia... Antara lagunya yang sangat menyentuh hati k.gee adalah lagu 'Jauh Di Sudut Hati' dan 'Salam Terakhir'...

Lagu-lagu dan karya dari Allayarham penuh dengan mesej dan pengalaman menjadikan Sudirman segar di ingatan peminat walaupun kini dia sudah meninggalkan kita... jasa Sudirman pada industri seni memang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.  Bayangkan, lagu-lagunya sampai sekarang masih diingati generasi muda. (dipetik dari blog: tribute To Allahyarham Sudirman).

Begitulah adat dunia... harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.... Al fatihah buat Allayarham...


Menu hari ini tak ada kena mengena dengan Sudirman tau... cuma kebetulan kot... JALI tu gabungan nama jagung dan juga barli yer... hehehe terima kasih teman kuliah k.gee dulu bro Mahir yang bg idea untuk bubur k.gee ni semalam... bubur barli campur jagung ekspress... sedap buat pemanis mulut... nak ke? Jemput laaa...



BUBUR JALI

1 tin jagung manis
1 cawan barli - rebus sehingga kembang
3 cawan santan
1/2 cawan gula
Daun pandan
Secubit garam

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  Kacau-kacau dan angkat.  Siap dan hidangkan.  Sedappp....!!


Monday, January 21, 2013

Siakap segar dari ladang


Assalamualaikum... Salam Isnin semua... lambat gee-hut buka pintu hari ini... al maklumlah sudah 2,3 hari hujan turun mencurah-curah... cuaca di luar lembap membawa sampai ke dapor gee-hut pun lembap sama.... hehehe... Masak tetap masak tapi bab nak 'menembak' yang lemah sikit... sudahlah kamera cap ayam skill pun tak berapa ada.... kelabu asaplah pic jadi nyaaa...  


Lunch apa yer tengahari ini? Itu hari masa singgah di dapor Ibundo, k.gee sangat2 teruja dek lauk ikan siakap rebus yag dihidangkan... Menunya simple dan menyelerakan... dan boleh dikatakan menu sihatlah sebab hanya direbus sahaja... Lepas tu Ibundo kata dia siap hirup2 lagi kuahnya... wah! makin meronta2 k.gee nak membuatnya.... Kebetulan pulak anak syarikat tempat k.gee bekerja ada buat kolam ternakan ikan siakap di Pekan, Pahang dan memang nak menjadi rezeki agaknya, elok2 tengah 'mengidam'kan lauk Ibundo tu ada orang ofer ikan siakap segar dari ladang dengan harga yang berpatutan... so.... apalagi!!! terus order 2 ekor.... dan petang itu juga ikan siakap dimasak asam... Terima kasih Ibundo bagi idea walaupun gee derhaka sikit ikut citarasa kami sekeluarga...  c&p resepinya di sini yer...  



IKAN SIAKAP MASAK ASAM
Resepi : Ibundo


1 ekor ikan siakap dikerat beberapa potong

2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
2 batang serai diambil bahagian putihnya sahaja *
1 cm halia * (gee tak letak)
1 cm lengkuas * (gee tak letak)
2 biji cili merah (cili besar)*
sehiris nipis kunyit hidup*

1 helai daun kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya (gee tak letak)
beberapa biji bende
1 biji tomato dibelah lapan dan dibuang bijinya
air secukupnya
Blender bahan yang bertanda*.

Masukkan ke dalam periuk dan di tambah air. Airnya jangan terlampau banyak. Agak-agak ikan tenggelam sahaja. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kunyit yang dicarik-carik, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau suka pedas boleh masukkan dua tiga biji cili api yang dititik.

Masukkan pula bende. Kalau suka bubuh perasa tambahan, bubuhlah. Bila sudah masak, padamkan api dan masukkan tomato.

 

Jangan mengendeng yer... habis sudah
heheheee....


Sunday, January 20, 2013

Nasi himpit kuah kacang


Assalamualaikum dan salam pagi minggu.... Apa rancangan di hari cuti ini yer? Kami lepak di rumah saje sebab cuaca di luar sana hujan mencurah-curah.... Mulalah malas nak bergerak ke mana-mana... Selepas hantar Along, anak bujang k.gee ke pusat equestrian pagi tadi terus guling-giuling depan TV sambil layan tv al hijrah....  


Sudah sarapan ke? Marilah jamu selera bersama k.gee dengan nasi himpit kuah kacang.... nasi himpit tu sebenarnya ketupat segera Nona... malam tadi k.gee rebus dan pagi ini selepas solat subuh baru buat kuah kacang... Bercerita pasal kuah kacang ini ada banyak stail rupanya... ada yang goreng kacang tanpa minyak dan ada yg goreng berminyak...ada yang kuah kacangnya bersantan, ada yag berdaging dan macam2 stail lagi... apapon semuanya ikut selera dan citarasa masing-masing lah kan... apa yang penting kita sediakan masakan untuk keluarga dengan kasih sayang... juadah jadi sedap dan keluarga bertambah bahagia... kan? 



K.gee guna resepi kuah kacang Dayang Jack... sedapppp!
 
RESEPI KUAH KACANG
Sumber : Dayang Jack
bahan-bahan:

400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1-2 senduk cili giling cap Aminah (k.gee guna cili bleder sendiri)
gula melaka secukupnya
garam dan sedikit gula pasir

Cara-cara :

Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).

Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj.

Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera.

Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap.

Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!



Mekacih Dayang Jack... rindu kamu....

Friday, January 18, 2013

Kuih talam labu


Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu gee-hut... Moga hari Jumaat yang mulia ini memberi keberkatan buat kita semua... Banyak2 kan doa dan selawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Terus saje ke juadah minum petang semalam... Kuih Talam Labu resepi dari Yatiememories... tapi yatie buat 3 tingkat dan diberi nama talam sinar pesona... k.gee buat 2 tingkat saje... Mula2 tengok terus terpikat... Tabiklah pada Yatie yang memang pakar kuih muih tradisional... rupa dan kejadian kuihnya sungguh memikat dan menambat selera... cantik2 belaka... beruntunglah suami dan anak2 Yatie dapat mama yang rajin buat kuih muih...




KUIH TALAM LABU
Resepi : Talam Sinar Pesona Yatiememories

Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3


1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus (k.gee rebus dan lecek)
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
1/2 cawan gula castor*
1/2 sudu kecil garam*

Cara- Caranya

Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.

Lapisan Atas dan Bawah.

1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar rata tepung jagung
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau dan perisa pandan
pewarna coklat dan coklat emulco (k.gee tak guna)

Cara- Caranya

Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.

Cara Melapis dan Memasak Kuih.

Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit.
Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan.



Selamat menjamu selera...


Wednesday, January 16, 2013

Menu biasa-biasa


Selamat petang Rabu semua... pagi tadi k.gee merayau-rayau di dapor blogger si Masam Manis, ada lagu Joget Pahang khas buat orang Pahang dengan menu istimewanya masak tempoyak ikan belanak... tis tis tis... macam nak menitis air mata melihatnya... ops! air liur laaa.... hehehe terima kasih Ita... terasa bangga jadi rakyat Pahang...   
  

Tapi anak Pahang yang sorang ini hanya sempat godek2 menu malas-malasan... tak berkesempatan nak rujuk menu warisan segala bagai tu... hanya resepi popular seantero dunia ini sahaja buat hidangan makan malam atau sarapan pagi... nasi goreng bodo jer...  pernah makan?


Nasi goreng bodo

1 mangkuk nasi sejuk
5 ulas cili padi
1 kiub ikan bilis maggi
1 biji bawang merah
1 biji telur
Minyak masak
Garam secukup rasa

Tumbuk cili padi dan bawang merah dan tumis hingga bangkit baunya.  Masukkan kiub ikan bilis dan pecahkan telur.  kacau-kacau sikit dan tuangkan nasi sejuk.  Tambahkan garam, kacau rata dan siap untuk dihidangkan... Cubalah... !




Tuesday, January 15, 2013

Apam Perlis ala Wendy


Assalamualaikum... Cak..!! Selamat pagi Selasa dan salam rindu semua... Beberapa hari tak bersiaran termimpi-mimpi menu dari dapor kengkawan... Apa khabar yer anda di sana? Moga semuanya sihat dan ceria ceria selalu... seceria bunga bunga yang berkembang di tepi halaman... la la la la la


Hari ini k.gee nak kongsikan resepi kuih berbunga-bunga dari Dapor Wendyinkk... namanya kuih Apam Perlis @ kuih lipat @ kuih tangkup... Kuih ini nampak simple, mudah dan menyelerakan....  cantik pulak tu... cuma k.gee ubahsuai sikit intinya sebab inti kuih badak berendam k.gee ituhari ada berbaki lagi...  resepi asalnya berinti kastad tapi k.gee derhaka siki dengan inti kelapa... heheeeee minta izin yer tuan punya resepi... terima kasih...



KUIH APAM PERLIS @ KUIH LIPAT/TANGKUP
Cetusan idea : Wendyinkk
Resepi : Mamawandiha, Kak Rusnah

Bahan Kulitnya:


2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil. setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:

2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya

Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.


Ermmm... berbunga-bunga....
yummy!!