Assalamualaikum.... Selamat pagi sayang... hehehe... ayuh terus saje ke meja makan... sarapan pagi ini puff sardin yg mudah dan ringkas... Kelmarin k.gee intai-intai di sini dan terus teruja tengok puff FHA blogger yg hampir senama dengan k.gee ni... bukan puff sahaja malah semua gambar2 dari blog FHA ini sangat menggoda... cantik2 belaka... menyelerakan!!
Sebenarnya puff ini boleh dipelbagaikan intinya... sardin, apple, ayam, sayur dan sebagainya ikut citarasa dan mood memasing... sesuai untuk minum petang, sarapan pagi serta untuk majlis-majlis keramaian dan tapaw ke pejabat... sedap!!
PUFF SARDIN
Sumber : Intai-intaidapurfha
BAHAN A
10 keping Puff Pastry
1 biji telur ~ dikocok
BAHAN B (Inti)
2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
10 biji cili padi ~ dihiris
Jus limau nipis
Daun sup/daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Inti:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan cili hingga naik bau. Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun sup/bawang. Angkat dan toskan minyaknya
Cara-Cara Membalut:-
1..Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti ke atas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.
Selamat menjamu selera....
terliur plak tgk puff ni kak gee
ReplyDeleteGee, sama lak menu kita. semalam kak rose buat gak puff sadin ni...
ReplyDeleteChee sedapnya nampak.
ReplyDeleteBW blog kak rose Puff Tuna.... singgah blog Gee Puff sardin... aduh dua-dua menggoda akak sudahnya :)
ReplyDeletesedapnya kak gee
ReplyDeletelama betul tak mengepuff ni
wahh..sedap ni makan panas..hujan2 ni..laparr nengok puff akak ni ^^
ReplyDeleteTakyah ckp gambar dapur org cantik, ni pun lebih cantik drp gambar kakpb tau.
ReplyDeleteGee...buat akak bersungguh nak cari pastry tau. Sini susah nak jumpa, selalu takde stok.
dikocok kocok... puff pastry tu berapa rega kak gee.. beli kat frozen area ke... Syim Azmi
ReplyDelete