Taraaaaa.... cak!! bertemu lagi di dapor maya gee-hut.... apa khabar cik-cik kak di luar sana tu...? masih ingatkah pada diriku ini...? akak di sini asyik asyik bizi... asyik asyik bizi sampai berhabuk dapor, kan... bila sudah lama tak menjengok ke dapor mulalah terasa kekok dan kering kontang idea... nasib baik encik hubby beli jagung mutiara dari Cameron Highlands.... tup! tup! tetiba timbul idea nak membubur dan menyucur.... dua-dua pon memang kegemaran k.gee dan keluarga.... sedaaaap tau....
Layan bubur jagung dan cucur jagung dulu yer... tengah perah otak ni untuk next N3... jom layan..!!
BUBUR JAGUNG
Bahan-bahan :-
4-5 tongkol jagung mutiara Cameroh Hihglands
500 ml santan
1 biji keledek - kupas kulitnya dan potong dadu kecil
1 sudu besar sagu mata ikan - basuh dan toskan
1 helai daun pandan
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
2-3 sudu besar gula merah
sedikit garam
CARA MEMBUAT :
1.Masukkan santan, jagung, keledek, daun pandan, gula, gula merah dan garam dalam periuk.
2.Masak sehingga kuahnya mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil.
3. Masukkan sagu dan tutup api.
4. Ok siap untuk dihidangkan.
(* k.gee sengaja campurkan keledek supaya kuahnya pekat sedikit kerana jagung mutiara biasanya tidak berkanji)
CUCUR JAGUNG
Bahan:
2 Tongkol jagung ~ hiris nipis isinya
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
Udang hidup/ikan bilis
2 biji cili besar - hiris nipis
Beberapa tangkai daun kucai
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng
Cara:
Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam satu bekas, masukkan air sedikit2 dan gaul mengikut kepekatan yg dikehendaki. Lebih kurang macam buat cocodok tu..kemudian panaskan minyak dan bolehlah digoreng. senang kan!
K.gee buat bubur jagung seperiuk besar... sengaja sejukkan dalam peti ais dan nak slruuuup macam aiskrim... waaaa.... sedaaaapnyaaa....
Nah! pilihlah nak yang mana satu... yang pedas atau yang manis...
dua-dua pon besssst.....
waaaahhh... sedapnyela kak Gee. Cucur jagung tu memang feveret kami satu family. Tapi jagung Cameron memang mantop kan kak...
ReplyDeleteX nak pilih2....dua dua pun nak jugak.....sedapnya, rasa nak tumpang slurppp bubur jagung tu!
ReplyDeletecak balik kat gee.. patutlah beberapa hari sunyi aje..
ReplyDeletejagung cameron highlands sedap ya gee.. dulu pergi sana borong
strawberry & cendawan aje.. kalau tahu mesti kita beli juga... nak rasa sikit cucur jagung tu...
Akak suka jagung mutiara dari Cameron highland ni Gee... sedap , lemak manis gitu :)
ReplyDeletejagung mutiara yang ori dari CH makan gitu saja pun sedap kak gee. sekarang ni banyak yang tipu, kata jagung CH, tapi ambil dari ipoh... masa tunjuk sample tunjuk yang dari CH... macam2 cara nak untung cepat
ReplyDeletedua-dua rasa nak makan,sebab dua-dua pun sedap!
ReplyDeleteYang saya tahu cuma jagung manis, jagung pulut & jagung biasa yang keras tu... ni nak berkenalanlah pulak dengan jagung mutiara!
ReplyDelete