Pages

Monday, June 16, 2014

Murtabak Kraker


Assalamualaikum dan Selamat pagi Isnin...
Dah habis dua minggu... sekejap saja kan? Terasa macam laju sangat masa berlalu... cuti sekolah sudah berakhir... Back to School... Bila anak-anak sudah mula bersekolah, rumah jadi sunyi sepi... alahai... nak memasak pun tak ada mood sebab tiada orang nak makan... harapkan makan berdua godek-godek yang ringkas dan bodo-bodo sudah... encik hubby tak kisah... janji air tangan isteri... ahai!


Murtabak lapis kraker antara menu ringkas untuk sarapan pagi... kalau nak sediakan untuk minum petang atau makan malam pon boleh sebab hidangan ini nampak ringkas tapi mengenyangkan... kalau suka boleh lapiskan dengan ayam atau daging... ikutlah selera masing-masing... kali ini k.gee buatkan inti ayam sebab stok ayam bertimbun time anak-anak cuti sekolah baru ini dan tambahkan sedikit ubi kentang... ala-ala inti karipap gitew... sedap tau...!


Murtabak Lapis Kraker

Resipi : Yatiememories

Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)


•18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
•500 ml santan (*Yatie letak 400 ml je)
•1 tin susu cair (Yatie letak 1 cawan je)
•6 biji telur

Untuk Lapisan Daging

•400 gm ayam/ daging kisar
•3 biji bawang besar dicincang halus
•1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
•7 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 inci halia
•1 batang lobak merah diparut
•1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
•daun bawang daun sup dicincang
•3 sudu besar minyak masak
•garam secukup rasa, sedikit gula

Cara Masak Inti

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.

2.Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.

3.Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.

4.Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.

1.Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.

2.Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.

3.Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.

4.Lapiskan dengan lapisan daging.

5.Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.

6.Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.

7.Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.

8.Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.

9.Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers).


Nyum..nyum...jemput sarapan...

1 comment:

  1. Assalam Gee,
    murtabak kraker nampak sedap..kita hari tu pun ada belajar buat muratbak kraker ni dengan chef asma..:)

    ReplyDelete