Monday, March 31, 2014

Muffin blueberry


Assalamualaikum dan salam pagi Isnin.... k.gee doakan rakan-rakan dan teman-teman di luar sana sihat-sihat belaka hendaknya... terasa rindu lama tak bersiaran... maklumlah bizi sana bizi sini... 2,3 bulan ini memang jadual kerja k.gee sangat penuh... tak sempat nak masak-masak dan posing-posing... balik rumah terus landing... kesian anak-anak, cuti sekolah baru-baru ini tak dapat nak bersantai-santai dengan mereka... mujurlah mereka memahami... terima kasih anak-anak....


Sebelum anak-anak pulang ke asrama semalam, sempat k.gee godek-godekkan muffin blueberry untuk mereka... tapi k.gee gunakan tepung muffin segera... cepat dan ringkas... cuma tambahkan telur, air dan minyak jagung godek-godek dan bakar... hehehe 


MUFFIN BLUEBERRY

250gm mix muffin
2 biji telur
110 gm air
140 minyak jagung
Acuan paper cup

Cara :

Masukkan tepung muffin, air dan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata.  Kemudian tuangkan minyak dan kacau lagi sehingga sebati.  Sudukan ke dalam papercup dan bakar. 


Jom mapin... 

Tuesday, March 25, 2014

Putri Mandi... berakhirnya MH370


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau juga lebih tahu kenapa dan mengapa..

Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa Tragedi MH370 yang dipercayai 'berakhir' di Lautan Hindi sebagaimana kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia semalam....

Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya...



Sama-samalah kita berdoa moga kita diberi hidayah di atas kejadian ini....aminnnn...


KUIH PUTRI MANDI

Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit pewarna kegemaran

Bahan inti :

1 cawan kelapa parut muda
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara :

1.  Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul/uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan dan warnakan ikut warna kegemaran.

2. Didihkan air di dalam periuk.  Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, bulat-bulatkan dan leperkan dengan jari ditengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.  Apabila masak ia akan timbul, angat dan ketepikan.

3. Dalam periuk yg berasingan, didihkan satu cawan air dengan seketul gula melaka.  Masukkan sehelai daun pandan.  Apabila mendidih, masukkan kelapa parut.  Kacau sehingga agak kering dan pekat.

4. Gaulkan inti kelapa ini dengan kuih yg direbus tadi.


AlFatihah...

Saturday, March 15, 2014

Vadai... Vietnam


Assalamualaikum... Minggu lalu tanggal 8 Mac 2014, Malaysia dan hampir seluruh dunia dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Mas MH370 yang berlepas ke Beijing... sebenarnya pada tarikh itu, k.gee dan teman2 sedang bersiap sedia untuk terbang ke Vietnam menaiki pesawat Air Asia... sedikit sebanyak kerusingan dan ketakutan melanda dalam diri kami... ada di antara kami yang ingin membatalkan hasrat kerana takut dan bimbang... kami seolah-olah trauma atau paranoid nak naik kapal terbang... Malam itu kami bersolat dan berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan kami dan permudahkan urusan kami pergi dan balik... Syukur alhamdulillah... percutian 3 hari 2 malam kami di Vietnam selamat dan berakhir dengan gembiranya...   


Seronok tidak terkira membeli belah di Vietnam... lupa ketakutan naik kapal terbang... haha... kadand kadang terasa berada di Malaysia sebab terlalu ramai rupanya orang Malaysia bershopping di sana... kain cotton, lycra dan telekung produk paling 'killer'... murah dan terlalu banyak! berebut-rebut membeli sampai pening kepala nak memilih... yang bestnya tu beli kain dan terus tempah baju... 1 jam siap sepasang baju.... bayangkan! rombongan kami tempah 3-4 pasang seorang dan taylor siap hantar ke hotel lagi... wah! memang giler dibuatnya...tak sedar berpuluh "K" duit dilaburkan di Vietnam....hehehe


Ok, jom layan vadai pulak yer...

VADAI
Resipi : Shahida (sepupu k.gee)

Bahan2:

250gm kacang dhal - rendam dan blender
1 sudu serbuk jintan manis
1 biji bawang besar - hiris nipis
2-3 biji cili merah - hiris
Garam secukupnya
Minyak menggoreng

Bahan kisar:
50 gm udang kering
5 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar

Cara:

Sediakan mangkuk dan satukan semua bahan (kecuali minyak). dan gaul rata. Ambil satu sudu doh tadi, bentukkan bulat dan leperkan.  Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.


Makan vadai sambil melayan memori indah di Vietnam...
seronok giler...!!!





Thursday, March 6, 2014

Sambal petai... busuk?


"Petai...petai... satu ikat lima ringgit je kak..." laung si penjual petai di pasar malam... tiba-tiba k.gee teringat sambal petai cili padi mak mertua... mak mertua k.gee kalau bab menyambal guna cili padi ni memang terror... sambal bilis, sambal bunga kantan, sambal tempoyak semuanya pedas berapi guna cili padi... mak mertua k.gee masak sambal petai tak buang kulit... dia cuma kikis sedikit kulit luar tu dan hiris nipis-nipis... lepas itu bersihkan dan goreng sekejap... dan yang paling penting cili padi mesti banyak... pergh! bertimbun k.gee makan tak sedar diri... 2,3 pinggan ok!  


Selepas makan sambal petai, pastikan cuci mulut dan bilik air bersih-bersih yer sebab maklumlah petai akan meninggalkan bau yang semerbak 'harum'.... hehehe


SAMBAL PETAI

3 papan petai (kikis kulit luarnya dan hiris
15-20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji bawang besar - kisar bersama cili padi
100 gram ikan bilis
Asam keping
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1. Kikis sedikit kulit petai dan hiris nipis.  Kemudian cuci dan goreng agak-agak layu.  ketepikan.
2.Cili padi, bawang dan belacan dikisar hingga lumat. 

3. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu.  Kalau nak blender pun boleh tapi pastikan tidak hancur sangat.

4.  Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar serta ikan bilis tumbuk tadi.  Tambah sedikit air.  kacau-kacaukan.

5.  Masukkan petai tadi dan biarkan pekat sedikit. 

6. Masukkan garam, gula, asam keping dan bawang hiris.

7. Masak sehingga kering sedikit.

8. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas.... kalau nak cicah cekodok atau lempeng biarkan berkuah sedikit.



Sambal petai berapi, ikan goreng, ulam timun dan nasi bertimbun...
sedaaappp....


Wednesday, March 5, 2014

Epal goreng ala-ala Roza Roslan


Bismillahirrahmanirrahim...  Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah pencipta dan pemilik semesta alam yang memberi rezeki, menurunkan hujan, mengurniakan pelbagai nikmat kepada seluruh makhlukNya...

Masya Allah tabarakallah... rezeki pagi ini epal goreng dari luar negara... ahai... resipinya saje dari luar negara tapi buah epal k.gee beli di pasaraya dalam negara jer... hehehe... jangan marah yer senda gurau pepagi ni sambil melayan hati yang gundah gulana... sedikit ujian dari Allah... seharusnya kita bersabar dan redha....kaaaan...



Epal goreng ini enak dimakan panas-panas sebaik sahaja digoreng... macam makan pisang goreng panas... tetapi menurut Roza ia lebih unik... ini kali kedua k.gee mencubanya setelah kecur sebaik membaca buku "Aroma antara benua" nukilan Roza Roslan seorang penulis buku luar biasa yang asalnya seorang anak gadis biasa kini seorang penulis buku resipi yang sarat dengan ilmu keduniaan dan kerohanian.... Jika mahukan kelainan rasa, jemputlah mencuba resipi epal goreng ini... k.gee panjang-panjangkan resipinya di sini...


EPAL GORENG
Resipi Asal : Epal Goreng Snowdonia ~ Roza Roslan


Bahan-bahan:

5 biji epal hijau
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
1 biji telor
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
Minyak untuk meggoreng
Gula aising
Serbuk kayu manis

Cara2:

1.Buang empulur epal, basuh dan dihiris bulat-bulat. gaul dengan sedikit garam.

2.Masukkan tepong gandum,tepong jagung,gula dan garam ke dalam bekas adunan. Buat lobang ditengah2 tepung kemudian masukkan mentega cair dan telur. Curahkn susu sedikit demi sedikit.

3. Gaul adunan sehingga sebati dan tidak bergentel.

4. Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak panas. Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.

5. Toskan minyak. Sebelum menghidang, tabur gula aising dan serbuk kayu manis ke atas gorengan epal tadi.

6. Epal goreng enak dimakan bersama krim, jem atau madu.



Jom nikmati epal goreng bersama secawan teh-o panas
sambil tenang-tenangkan fikiran...


Tuesday, March 4, 2014

Ikan bilis goreng kicap


Assalamualaikum... jemputlah jamu selera bersama tuan rumah... hari ini lauk malas-malasan... ikan bilis goreng saja gaul dengan nasi hangat.... tuan rumah bizi kononnya...minggu depan k.gee akan bercuti ke Vietnam jadi kerja-kerja di pejabat harus dibereskan dahulu... sibuk sibuk pun sempat juga k.gee curi curi jengok blog sekejap... hehehe...


Sewaktu k.gee kecil-kecil dahulu ikan bilis goreng selalu jadi hidangan kami adik beradik sebab walaupun ia nampak simple dan malas tapi sebenarnya ia tetap menjadi idaman kami... balik sekolah buka tudung saji kalau emak masak gulai ikan ke atau sup ke... masing-masing mogok tak mau makan... jadi untuk memujuk anak-anak yang merajuk emak akan goreng ikan bilis campurkan dengan hirisan bawang dan cili merah... kami adik-beradik akan makan bersungguh-sungguh sambil masing-masing berebut botol kicap... hehehe... nakal juga rupanya k.gee ni zaman dahulu... Jom layan ikan bilis...


IKAN BILIS GORENG

BAHAN BAHAN


1 cawan ikan bilis - cuci besih dan tos
10-15 biji cili api - potong kecil
1 biji bawang besar – di hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1.  panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak. 

2.  goreng ikan bilis sehingga garing.  sentiasa dikcau supaya garing sekata.

3.  kemudian masukkan bawang besar dan cili api yang dipotongkecil tadi.  kacau.

4.  masukkan pula kicap dan gaul rata.

5.  angkat dan bolehlah dihidangkan.


Sudi-sudikanlah...



Sunday, March 2, 2014

Kuih cara berlauk


Aci tak malam-malam tayang kuih cara...? hari ini tuan rumah tak memasak sebab ada jemputan kenduri kendara... balik tadi terus layan bantal sampai petang... Looor.. patutlah gumuks cam Fazira dalam Cinta kolestrol... hehehe...   


Kuih cara berlauk ini stok minggu lepas yer... sudah bertimbun gambar dalam folder... berderet jer tunggu giliran nak kena post... kuih cara memang selalu menjadi pilihan k.gee untuk sarapan atau minum petang di hujung minggu... k.gee memang ada stok santan kotak di rumah... jadi bila weekend k.gee akan godek godek kuih favourite ini untuk jadi hidangan... baik kuih cara manis atau cara berlauk keduanya kegemaran kgee dan keluarga... senang dan sedap...  


Kalau malas nak memasak malam-malam ni elok juga layan kuih cara.....  kaaaan....


KUIH CARA BERLAUK


Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1.  Sediakan inti terlebih dahulu... panaskan minyak, tumis bawang putih yang ditumbuk beserrta pes serbuk kari yang dibancuh tadi sehingga naik minyak. masukkan daging cincang dan gaul sebati.tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga daging masak/lembut.  kemudian masukkan bawang dipotong dadu tadi. tambahkan garam secukup rasa.  kacau.  bila kuahnya agak kering baru masukkan daun sup/daun bawang yg dipootng halus.  angkat dan sejukkan.   

Cara menyediakan batter :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. tapis dan ketepikan. 

Panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

Biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.
    

Ermmmm.... yummy!! 


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015