Sunday, April 27, 2014

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Selamat petang buat sahabat dan rakan-rakan di luar sana... di petang minggu ini nampaknya k.gee ada kelapangan sikit, jadi merajinkan diri mengecis... Kek kukus cream cheese ini memang tak pernah jemu memakannya lebih-lebih lagi anak-anak dan famili sukakannya... rasanya taklah manis sangat dan lemak-lemak cream cheese tu menjadikan ia kek yag sungguh unik...


Gabungan coklat dan cream cheese yang sangat serasi dan mantop...!! Kek yg sedap, comel serta menyelerakan... walaupun resipinya panjang berjela tapi sebenanya ia mudah disediakan cuma godek2 dan kukus... hehehe cakap memang nudah kan...
 

Sekali makan pasti teringat-ingat sampai bila-bila... berhantu tau kek bercheese ni... kalau tak percaya cubalah...


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

sumber : Hana's Family

loyang 8x8x3

BAHAN A

•250 gm cream cheese
•60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
•1 biji telur
•1 sudu besar air
•1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara

1.Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.

2.Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.

3.Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

•2 biji telur
•1 cwn gula halus
•1 sk vanilla
•sedikit garam
•1/2 cwn air panas didih
•1/2 cwn cwn susu segar/cair
•1/2 cwn minyak jagung/masak
•1 cwn tpng gandum*
•3 sudu besar sebuk koko*
•1 sudu kecil baking soda*
•1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara

1.Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.

2.Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.

3.Masukkan air panas,susu dan minyak.

4.Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.

5.Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK

1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.

2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.

3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.

4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

6.Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan


Nyum..nyum... sedaaap...



Friday, April 25, 2014

Kuih talam butterscotch


Salam Jumaat dan salam sejahtera... Semoga hari ini membawa kebahagiaan, keceriaan dan kebaikan buat kita semua... Sudah lama k.gee tak menalam dan mengukus kuih muih... bila teringin nak makan k.gee akan beli 2 atau 3 keping sahaja untuk memenuhi hajat tekak... walaupun seringkali rasanya tidaklah seperti yang diinginkan...alahai...     


Kuih talam adalah antara kuih muih kegemaran k.gee dan famili... Dulu masa di kampung, kuih talam yang emak selalu buat adalah kuih tepung talam, kuih talam ubi dan kuih talam jagung... kami adik beradik akan mengadap kuih talam buatan emak sampai licin... walaupun seringkali berebut dan berkelahi kerana nak kuih yang banyak tapi kami sangat puas hati dapat makan kuih talam emak yang cukup lemak manisnya dan semestinya sedap... hmmm.... nostalgia kuih talam yang sungguh indah...


Kuih talam butterscotch antara kuih talam versi moden yang emak tak pernah buat dahulu... k.gee pun belajar melalui dapur maya kengkawan jer... timba sedikit ilmu menalam dari emak dan gabungkan dengan teknik dan tips moden zaman sekarang... haaa baru puas hati dapat makan kuih talam air tangan sendiri... sedaaap.....

TALAM BUTTERSCOTCH
(Resepi Asal : Chef Asma)
(Sumber : Dzanariah Inspirasiku, Yatiememories)
 
Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2/ saya guna 7 keping roti butterscotch dan selebihnya roti putih
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur... ( saya letak 2 biji ... kehabisan stok pulak...)
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.


Kuih talam butterscotch... sesuai untuk minum petang...
jemputlah...

Wednesday, April 23, 2014

Jagung cameron highlands


Taraaaaa.... cak!! bertemu lagi di dapor maya gee-hut.... apa khabar cik-cik kak di luar sana tu...? masih ingatkah pada diriku ini...? akak di sini asyik asyik bizi... asyik asyik bizi sampai berhabuk dapor, kan... bila sudah lama tak menjengok ke dapor mulalah terasa kekok dan kering kontang idea... nasib baik encik hubby beli jagung mutiara dari Cameron Highlands.... tup! tup! tetiba timbul idea nak membubur dan menyucur.... dua-dua pon memang kegemaran k.gee dan keluarga.... sedaaaap tau....  
 

Layan bubur jagung dan cucur jagung dulu yer... tengah perah otak ni untuk next N3... jom layan..!!

BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan :-

4-5 tongkol jagung mutiara Cameroh Hihglands
500 ml santan
1 biji keledek - kupas kulitnya dan potong dadu kecil
1 sudu besar sagu mata ikan - basuh dan toskan
1 helai daun pandan
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
2-3 sudu besar gula merah
sedikit garam

CARA MEMBUAT :

1.Masukkan santan, jagung, keledek, daun pandan, gula, gula merah dan garam dalam periuk.

2.Masak sehingga kuahnya mendidih.  Sentiasa kacau supaya tidak berbintil.

3. Masukkan sagu dan tutup api. 

4. Ok siap untuk dihidangkan.

(* k.gee sengaja campurkan keledek supaya kuahnya pekat sedikit kerana jagung mutiara biasanya tidak berkanji)


CUCUR JAGUNG

Bahan:

2 Tongkol jagung ~ hiris nipis isinya
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
Udang hidup/ikan bilis
2 biji cili besar - hiris nipis
Beberapa tangkai daun kucai
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:

Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam satu bekas, masukkan air sedikit2 dan gaul mengikut kepekatan yg dikehendaki. Lebih kurang macam buat cocodok tu..kemudian panaskan minyak dan bolehlah digoreng. senang kan!

 

K.gee buat bubur jagung seperiuk besar... sengaja sejukkan dalam peti ais dan nak slruuuup macam aiskrim... waaaa.... sedaaaapnyaaa....


Nah! pilihlah nak yang mana satu... yang pedas atau yang manis...
dua-dua pon besssst.....

Thursday, April 17, 2014

Pengalaman paling manis


Selamat pagi semua.... tiba-tiba hari ini TERajin pulak jengok-jengok ke dapor kawan-kawan... bila tengok Kak Ummi (Home sweet home) dan Zila (Zila4ever) sudah masukkan entry Bengkel Sehari Chef Amer Bersama Saji yang ditaja oleh Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, k.gee pun tak mahu lepaskan peluang mahu berkongsi pengalaman paaaaling manis menjadi peserta chef tersohor Chef Amer bersama-sama para pemenang kuiz Teroka Rahsia Coklat n pastri oleh majalah Saji... sangat-sangat seronok...! k.gee dipelawa oleh Ezanawaty, wartawan majalah Saji yang baru k.gee kenali beberapa bulan lepas... sejak mengenali Zana selalu k.gee mendapat tawaran 'muncul' dalam majalah... terima kasih Zana... terasa glamor macam artis pulak... hehehe 


Mulanya k.gee menolak kerana menyangka ianya pertandingan memasak... kalau pertandingan maaflah sebab k.gee bukan pandai memasak dan rasanya tidak layak pun sebab hanya memasak untuk hidangan harian keluarga sahaja... tambah pulak kena memasak di hadapan orang ramai... sah-sah ketar! setakat masak cincai cap ayam tu boleh lah... kan? hehehe

Tapi bila Zana maklumkan yang ini kelas memasak ekslusif bersama pakar kek dan coklat Chef Amer.... terkejut beruk k.gee dibuatnya dan terasa nak melompat sampai bumbung!!  woww!! memang sudah lama 'mengidam' nak berguru dengan Chef tersohor itu.... bertuahnya badan.... terima kasih Zana terima kasih Saji...

Lihatlah gaya Chef Amer yang periang lagi menghiburkan... kelas dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pun terasa sekelip mate aje... sambil belajar sambil bergelak ketawa... tak kering gusi kami para peserta dek lawak jenaka si chef...


Lawak lawak jugak tapi tetap tekun mencurahkan ilmu memasaknya... banyak tips dan rahsia kami pelajari dari chef berotak geliga dan bertangan emas ini... bukan sahaja pandai membaking dan pakar coklat malah segala bagai masakan pun dia pakar... kan Kak Ummi... Sup ekor, ikan bakar dan sambal kicap yang menjadi hidangan makan tenghari kami hari itu semuanya air tangan chef Amer.... beruntung sungguh kami menjadi peserta kursus... dapat belajar dapat makan dan dapat macam-macam hadiah lagi... ops... gambar hadiah tak sempat snap....hehehe


Chef Kak Ummi pon ada... peserta bengkel yang paling berpengalaman, aktif dan sentiasa ceria... banyak ilmu chef Amer yang dikutipnya sebab dia duduk paling dekat dengan chef... hehehe jangan marah yer kak ummi... sayang kamu! 



Yang manis bertudung pink polkadot tu blogger Zila4ever... cun melecun! pertama kali bertemu tapi mesranya macam dah bertahun kenal... kami sama-sama dapat pelawaan dari Zana... baik hati sungguh wartawan Majalah Saji tu.... lain kami jemputlah kami lagi yer... 


K.gee sebenarnya bukan pandai sangat buat kek... terketar2 tangan... tapi bila sudah berguru dengan chef Amer.... cer tengok... cantik kan kek kami....



Chocho Cheezy Pralinosa Torte yang sangat yummy!!!



Memang berbaloi-baloi masuk kelas Chef Amer...


Terima kasih Chef... terima kasih semua



Wednesday, April 16, 2014

Sambal sotong


Rindu hati ku tidak terkira

Terkenang orang yang jauh

Rindu hati ku tidak terkira

Terkenang orang yang jauh


Yang selalu bermain di mata

Ibarat kumbang rindukan bunga

Yang selalu bermain di mata

Ibarat kumbang rindukan bunga

 

Ahai... rindu-rinduan la pulak pepagi begini.... hehehe... pertamanya rindu sebab dah lama tak update blog... sekejap timbul sekejap tenggelam....tak sempat banyak kerja nak dibuat... keduanya rindu nak kongsikan menu, cerita dan gambar-gambar masakan.... ketiganya rindu pada para pengunjung, peminat dan teman-teman maya yang sudi berkunjung ke dapor gee-hut dan berfb dengan k.gee... keempatnya rindu nak ziarah dapor kawan-kawan... dan yang paling k.gee rindu dendam sekali pada rakan kongsi yang seminggu bertugas ke utara tanah air... aduhai... rindu my laling....



SAMBAL SOTONG
Resipi : Ummi-Akid

Bahan-Bahannya :-

5-6 ekor sotong sederhana besar - dipotong kecil² (k.gee tak potong)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 biji buah keras
2 sudu kecil ketumbar - sangai dan tumbuk halus
5-6 biji cili padi - ikut kepedasan yang nak ye.
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping @ 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
**kesemua bahan diatas ditumbuk lumat.

Cara-caranya :-

•Bahan yang ditumbuk lumat di tumis bersama serai yang dititik hingga naik bau.

•Bila agak garing masukkan sotong dan ketumbar dan asam keping. Masukkan juga serbuk perasa (k.gee tak letak).

•Kiranya nak ada kuah bolehlah bubuh sedikit air.



Sotong memang fav my laling... rindu laling sambil makan sotong...
jangan jeles tau....


Friday, April 11, 2014

Murtabak kraker


Mak ! kenapa banyak sarang labah-labah kat sini...? kata eQa.... Itu tandanya labah-labah nak jadi tukang masak.... ha ha ha ha ha.... Sudah bersawang rupanya dapor gee-hut yer... Maaflah tuan tanah biziiii... bercampur tiada idea.... bercampor pulak dengan malas.... bersawanglah jawabnya....  


Tetiba petang Jumaat ini terajin pulak.... selak sana selak sini terjumpa resipi murtabak yang tersiar dalam majalah Saji bulan lepas... nah! sesiapa yang rajin melapis bolehlah mencuba untuk minum petang nanti... silalah....


MURTABAK KRAKER
Sumber : Yatiememories

Bahan-Bahan:


• 18 keping biskut kraker (3 lapis)

• 1 cawan susu cair

• 6 biji telur

Untuk Lapisan Daging/Inti

• 200 gm daging kisar

• 3 biji bawang besar dicincang halus

• 1 paket kecil serbuk kari daging

• 2 biji bawang besar

• 3 ulas bawang putih

• 2 biji ubi kentang – potong dadu

• 2 sudu cili kisar

• daun bawang daun sup dicincang

• 3 sudu besar minyak masak

• garam secukup rasa

• sedikit gula

Cara Masak Inti

1. Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.

2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan bawang besar dan kentang yg dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.

4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.

5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.

1. Sapu dulang pembakar dengar mentega/minyak masak.

2. Rendamkan biskut kraker dalam campuran susu dlm 1 minit je.

3. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.

4. Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.

5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

6. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur tadi.

7. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.

8. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 180C.



Sedap sangat..... cubalah.....


Thursday, April 3, 2014

Pulut sambal tumis


Assalamualaikum... pagi-pagi layan pulut kuning aci tak? ini menu minggu lepas semasa anak-anak cuti sekolah... k.gee sediakan pulut kuning bersama sambal tumis ikan bilis dan rendang ayam... tapi rendang tak sempat nak berposing sudah licin dikerjakan anak-anak... k.gee lebih gemarkan pulut cicah sambal tumis... teringat pulut kuning sambal tumis nenda di pagi raya.... memang sedap... kalau pulut sudah habis sambal dimakan pula dengan nasi putih... pergh! fengsan...



PULUT KUNING


Bahan-bahan

1 kg beras pulut - basuh dan rendam semalaman. Tambahkn sedikit kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.

3 cawan santan - campurkan sedikit garam

Cara ;

- panaskan air kukusan dan kukus pulut lebih kurang 15 minit.

- angkat dan gaulkan dgn santan hingga sebati dan pulut lembut.

- jika suka boleh kukus sekali lagi supaya lebih tahan lama.




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahannya:


100 gram ikan bilis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

10-20 tangkai cili kering - rebus terlebih dahulu
10-15 ekor ikan bilis
1 biji bawang besar
2 inci belacan

Penyediaannya:

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Goreng bilis sekejap.  Angkat dan toskan.

2. Gunakan kuali dan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Masak sehingga naik bau dan terbit minyak.

3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian masukkan gula, garam, air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masak sehingga kuah mendidih.

4.  Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, kacau seketika dan bolehlah ditutup api.


Sedia dinikmati.... jemputlah...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015