Pertama kali buat kuih ini dan pertama kali merasainya... wah! memang enak... rasa sagunya yang lembut bersama inti kacang hijau yg manis dan kuahnya yang lemak-lemak membuatkan semangkuk demi semangkuk di slrup... lebih-lebih lagi menikmatinya sebaik sahaja keluar dari peti ais... ermmm... yummy!!!
Menurut ceritanya kuih ini popular di Kelantan dan Trengganu... di sana kuahnya ditambah halba, halia dan bawang... ada juga yg menambah hirisan nangka untuk lebih uuummph katanya... k.gee ubahsuai sikit ikut citarasa sendiri sebab k.gee lebih sukakan rasa yg lemak2 manis gitu... jom kita semak resepinya...
ASAM GUMPAL
(Versi Trengganu... ubahsuai ikut citarasa geehut)
4 cawan sagu mata ikan
8 cawan air panas
1 mangkuk santan
1 cm halia (k.gee tak letak)
2 ulas bawang merah (k.gee tak letak)
2 sudu kecil halba (k.gee tak letak)
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Sedikit garam
Air secukupnya
Daun pandan
Cara:
1. Rebus kacang hijau hingga empuk.
2. Bila sudah agak kering tambahkan gula dan kacau rata.
3. Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan seperti guli dan keteikan.
4. Rendamkan pula sagu, toskan dan curah air panas mendidih. Tunggu sehingga sejuk.
5. Kemudian kepalkan sagu tersebut dan masukkan inti kacang hijau ditengahnya.
6. Masukkan dalam kukusan yg dialas dengan aluminium foil atau daun pisang. Kukus 15-20 minit.
7. Sediakan kuahnya pula... masukkan santan dan sedikit garam ke dlm periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan juga daun pandan untuk menambah aroma. Kalu suka versi Trengganu boleh msukkn halba, halia dan bawang
8. Akhir sekali masukkan sagu yg digumpal tadi dan kacau seketika.
9. Tutup api dan sedia dinikmati.
Sesuai juga untuk juadah berbuka puasa...
cubalah...
Alahai...sedap nyaaaa...
ReplyDeleteBilalah ada masa nak cuba resepi ni!
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
Assalammualaikum Gee, favourite kakpb ni bila balik kelantan. Mcm kena buat esok sb terlior dah ni
ReplyDelete