Pages

Monday, May 11, 2015

Makaroni Sardin


Sardin memang menu favourite k.gee tau... tak kiralah dimakan dengan nasi, roti, lempeng atau apa sahaja... kadang2 sardin dijadikan sambal dan kadang2 dijadikan gulai atau masak lemak cili padi... kadang2 dijadikan inti karipap, bun atau puff... ada juga yg gunakan sardin untuk kuah laksa... ada kan? nak buat topping piza pun boleh... apa-apa pun k.gee memang 'hantu' sardin lebih2 lagi yang pedas sampai berasap telinga.... pergh!! baru puas hati makan.... kan?


Kali ini menu ala-ala western tapi gaya melayu... makaroni goreng sardin dengan cili padi... pedas tapi sedap... mak ai...! berapi sampai berasap telinga...  Alamak!! terlupa sediakan air minuman.... sori beb...!


MAKARONI SARDIN BERAPI

Bahan-bahan:

250 gm makaroni - rebus hingga lembut
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1 biji tomato - potong dadu
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara penyediaan :

Bawang putih, bawang merah dan cili padi merah ditumbuk kasar.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan tadi sehingga bangkit baunya.  Kacau.  Masukkan sardin ke dalam mangkuk dan hancurkan isinya.  Tuang ke dalam bahan tumisan tadi bersama sosnya sekali.  Gaul rata. Masukkan pula tomato yg dipotong dadu, garam dan hirisan cili padi hijau.  Akhir sekali masukkan makaroni yg sudah direbus dan gaul rata. Siap.



Jemput makan....


No comments:

Post a Comment