Pages

Tuesday, June 30, 2015

Kuih Tepung Pelita Azie


Anak kecil k.gee si Eqa gemarkan kuih tepung pelita... biasanya k.gee beli di Pekansari berdekatan rumah k.gee setiap hari Khamis... k.gee akan belikan 5 ketul untuknya supaya dia dapat makan dengan puas... cuma kekadang kuih ini tidak menepati citarasanya...mulalah dia merungut... keras lah... tawar lah... tak sedap lah... kasihan pulak bila hajat nk makan kuih kegemaran tidak kesampaian... maklumlah kuih tak sedap macam mana nak makan kan...


Baru2 ini Eqa request nak makan kuih tepung pelita untuk menu iftar... pagi2 lagi k.gee menggugel untuk dapatkan resepi dan cara membuat kotak acuannya tu... maklumlah tak pernah buat lagi kuih ini... mujur Ita masam Manis ada ste-by-step cara buat kotak pisang... puas jugaklah k.gee keras tangan membuat acuannya itu... terima kasih Ita atas perkongsian ilmu... Kalau ada sesiapa yang berminat nk belajar buat kotak pisang boleh semak di SINI ya..

Untuk resepinya pula, k.gee terpikat dengan resepi asli dari Azie Kitchen... nampak menyelerakan dan terserlah keasliannya...  aroma daun pisang berserta gula cair yang berada di bahagian bawah kuih tu sungguh umph bila disuap ke mulut... lebih-lebih lagi bila disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu... wah! sedapnya... yummy...yummy!!



Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:

1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan

Cara cara:

Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.


Lapisan Santan

1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam

Cara cara;

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.



Memang sangat sedap... memang puas hati... 
terima kasih Azie Kitchen....


Saturday, June 27, 2015

Karipap rangup emak memang best!


Karipap memang kuih kegemaran k.gee anak beranak terutama karipap yang emak buat... sejak dari zaman k.gee kecil-kecil lagi, kuih ini sudah menjadi menu wajib dalam sajian hidangan tak kiralah untuk santapan sarapan pagi, minum petang atau menu santai2... kami memang tak pernah jemu makan karipap air tangan emak dari dulu sampai sekarang... walaupun karipap emak ini agak leceh menyediakanya tapi emak tak pernah mengeluh bila kami adik beradik minta emak buatkan... kadang2 mengambil masa sampai 2 hari nak siapkan karipap.. apa tidaknya... mula2 nak bancuh tepung untuk jadikan kulitnya yang berlapis2 dan 'berpusing2'...(hehehe...karipap pusing daaa....) lepas itu nk buat intinya pulak... pastinya kena kupas kentang, bawang dan segala bagai... lepas itu masak pulak sehingga menjadi inti yg sedap... kena sejukkan pulak inti sebelum sebelum diletakkan atas kulit karipap... tak habis lagi... kena canai pulak doh... lepas itu kena kelim pulak tepinya kasi cantik dan beropol2... wa..wa..wa... manyak kilije woooo mau bikin karipap... eh! belum siap lagi... sudah kelim tepinya... susun dan barulah digoreng... goreng pulak ada standardnya... kuih mesti tenggelam dalam minyak yg penuh dan pastikan api yg perlahan... kalau minyak terlalu panas kuih akan hangus dan kulitnya menggerutu... kena bersabar goreng karipap ni... kata emak... barulah dapat hasil yg baik... baru puas hati...
  


Memang tak pernah jemu makan karipap emak... anak2 pun selalu request nak makan karipap yg wan buat... biasanya k.gee akan minta emak sediakan kulitnya dan yg lain k.gee buat... buat banyak2 dan frozenkan... senang bila dah ada stok, kan? Ok...jom kita buat karipap... boleh buat juadah berbuka puasa nanti... sudah 10 Ramadhan dik....



KARIPAP 

Bahan-bahan

Doh A
150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B
500 gm tepung gandum 
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Daun sup/daun bawang/daun kari
Sedikit udang kering - tumbuk

Cara membuat inti:

1. Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
2. Masukkan bancuhan rempah kari, daun kari dan cili kisar. 
3. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. Kacau.
4. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati. 
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masak sehingga agak kering.  masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. 
8. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:


1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil 



2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil. 



3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.


4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong 


5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis. 

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis. 

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya. 

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata, garing dan cantik.




 Karipap rangup emak saya memang terbaek...!!!

Thursday, June 25, 2015

Gulai kawah daging kambing


Alhamdulllah... 8 Ramadhan sudah... semoga kita terus istiqomah mengutip butir-butir mutiara di bulan yang mulia ini... Cuaca di luar sana kelihatan panas terik... kasihan melihat anak-anak kecil pulang dari sekolah sambil menggendong beg yang berat di bahu... cuaca yang panas ditambah perut yang lapar menyebabkan kelihatan longlai langkah mereka... Subhanallah... walaupun masih kecil tetapi masih mampu menyahut seruan yang Maha esa... InsyaAllah mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah ye dik...


Para bonda pula pastinya sedang sibuk menyiapkan juadah iftar yang enak buat keluarga tersayang... sebut sahaja apa yang terlintas di fikiran, pasti bonda cuba sediakan.. kadang-kadang bonda seperti 'merry go round' di dapur menyiapkan hidangan... berpusing2 sambil tawaf dapur... asalkan permintaan anak-anak dapat disediakan... si anak dengan pilihan mereka, si ayah juga tak kurang permintaannya.. Walaupun letih dan merembes peluh di dahi namun bonda tekun dengan tugasnya... tiada yang lebih membahagiakan selain melihat suami dan anak-anak berselera menikmati air tangan bonda.... Subhanallah besarnya pengorbanan para bonda... sayang bonda... 


Hari ini k.gee cuma nak kongsi menu iftar kami beberapa hari lepas... Kebetulan ada kelapangan sikit jadi curi-curi masa jengok ke dapur GeeHut... Rupanya memasak gulai kawah tidaklah serumit mana.. asalkan kita rajin kan...? Tambahan pula k.gee sudah bertemu rempah gulai kawah segera yang memang memenuhi citarasa tekak k.gee... rempah dari Syarikat Ubai Saji, pengeluar rempah ratus yang popular di Pahang.  kita cuma perlu tambah santan, asam, garam dan gula... bahan rempah ratus yang lain sudah lengkap di dalammnya... sangat mudah dan cepat menyediakannya dan yang penting rasanya memang enak... ummpph wallaaah hingga menjilat jari...!! 


Cubalah rempah gulai kawah Ubai Saji... memang sedap...
terbaek...!!


Sunday, June 21, 2015

Kuih sagu @ bronok


Kuih sagu atau juga dikenai sebagai bronok di Pantai Timur.  Sedap kuih ini dan mudah membuatnya... asalkan ada kemahuan... ops! kalau tak rajin boleh beli di Bazar Ramadhan... macam2 jenis kuih ada... pilih saje ikut kemahuan memasing, kan??! 


K.gee lebih suka kuih air tangan sendiri untuk hidangan keluarga... lebih puas hati dan boleh makan puas-puas... sambil itu boleh juga kita kongsikan sepiring kuih untuk jiran tetangga... sharing is caring... 


KUIH SAGU @ BRONOK

1 cawan sagu biji mata ikan (basuh dan toskan irnya)
2-3 cawan air
1/2 cawan gula
Pearna meah
Sehelai daun pandan
Kelapa parut (yang muda sikit)

Caranya :

Mula-mula didihkan air bersama pandan dan pewarna merah. Maskkan gula.  Apabila air mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih dan pekat.  Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.  Sejukkan. Apabila hedak menghidang, potong kuih sagu kecil2 dan lumurkan dengan kelapa parut yg digaul sedikit garam.  



Nah! seketul bronok untuk anda...


Thursday, June 18, 2015

Kuey Teow Sup xpress


Encik hb selalu berpesan... "masak yang ringkas2 saje dan pastikan jangan membazir... sebaiknya kita kongsikan rezeki yang ada dengan orang lain samada dengan jiran tetangga atau fakir miskin... lebih besar pahalanya..."

Baiklah... menu iftar 1 Ramadhan hari ini paling ringkas dan express... kuey teow sup, murtabak dan ribena serta 3 butir kurma ajwa... syukur alhamdulillah


Kuey Teow Sup

200gm kuey teow - basuh dan celur dengan air panas seketika
2 liter air
2 ketul isi ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 ketul kiub ayam
Garam
Sedikit Lada sulah
Minyak masak untuk menumis
Daun sup dan daun bawang

Cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan sedikit minyak.
2. Tumis bwg putih n bawang merah sehingga wangi.
3. Masukkan ayam.  Kacau.
4. Tuang air, tambah kiub ayam, garam dan lada sulah. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan kuey teow ke dlm mangkuk dan tuang sup panas-panas.
6. Taburkn daun sup, daun bawang dan sedia dinikmati.



Selamat berbuka puasa....


Salam Ramadhan 1436H


Alhamdulillah... Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dan beramal di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini...

Ya Allah! Bantulah Kami Untuk Melaksanakan Puasa dan Ibadah di malam hari. Jauhkanlah Kami dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa dan Berikanlah Kami Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Istiqamah...

Ya Allah! Berilah Kami Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu,

Ya Allah! Jadikanlah Kami Di antara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Kami  Di antara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Kami Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang... Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...






Tuesday, June 9, 2015

Masak lemak pucuk labu


Ada sebatang pokok labu yang tumbuh di belakang rumah k.gee...bukan k.gee tanam pon... mungkin hasil dari campak2 bijinya... pokoknya nampak segar dan lebar daunnya... dan putik buahnya juga sungguh lebat... lebih sepuluh biji semuanya... tapi sayangnya buah tak sempat membesar pun... baru sebesar bola ping pong sudah gugur dan busuk... alahai...tak ada rezeki nak makan labu pokok sendiri...   


Minggu lepas bila kakak ipar singgah ke rumah lalu mencadangkan petik pucuknya dan dibuat masak lemak... sedap katanya... k.gee memang tak pernah buat pon... lalu diajarkan cara membuatnya... Jom kita semak resepi pucuk labu...



MASAK LEMAK PUCUK LABU

Beberapa tangkai pucuk labu (ambil daun dan batang yg lembut sahaja)
1 cawan santan
2 biji bawang merah
5-6 ekor ikan bilis
1 helai daun kunyit
1 biji Cili merah
Garam secukupnya

Cara membat :-

1. Asingkan daun dan batang pucuk labu.  Buang kulit luar pada batangnya... daunnya pula digentel dengan kedua tapak tangan supaya bulu-bulu halus akan gugur dan daunnya jadi lembut
2. Hiris bawang merah dan cili merah.
3. Sediakan periuk dan masukkan santan, bawang, cili merah, daun kunyit dan ikan bilis.
4. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
5. Masukkan batang dan pucuk labu.  Kacau ata.
6. Tambahkan garam.
7. Masak hingga pucuk dan batang labu lembut.


Tadaaa.... sedap dimakan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng...
jemput yuk....