Pages

Thursday, July 2, 2015

Kurma ayam


Assalamualaikum...
Menu apa ya untuk juadah iftar hari ini? biasanya anak-anak k.gee sukakan lauk ayam... ayam masak lemak cili api, ayam goreng pedas, ayam masak kicap, asam pedas ayam dan tomyam ayam... semua favourite mereka... kali ini k.gee ubah selera sikit masak kurma ayam...


KURMA AYAM
Resepi : Chef hanieliza

Bahan-Bahan:


1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:

1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.

2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.

3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.

4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.

5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.

6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.

7. Hidangkan dengan nasi atau roti.



Makan bersama nasi planta pon sodaaaap... !!

 

Selamat berbuka puasa...

No comments:

Post a Comment