Pages

Monday, August 3, 2015

Sambal bunga kantan


Pepagi tayang sambal bunga kantan menu berbuka puasa minggu lalu... aci tak? Hehehe...selera sungguh makan berdua dengan encik hubby..! berpinggan-pingan tambah nasi... sampai berpeluh-peluh lah dahi dibuatnya... apa tidaknya smbal kantan cili padi... pedas berapi kak...!!! 


K.gee sama encik hubby memang sukakan makanan pedas... pergh! baru puas hati... Di kampung k.gee sambal bunga kantan ini memang agak popular terutama bila musim bunga kantan datang... makan sama nasi panas dan ikan goreng pun sudah memadai... kalau ada sayur masak lemak putih atau ikan kering lagi bertambah selera... Sambal kantan ini ala-ala sambal hitam Pahang yang dimasak lama sehingga agak kering dan boleh disimpan 3 atau 4 hari... boleh juga dimakan bersama roti, pulut atau meratah begitu sahaja pon boleh... sedap tau...!  


SAMBAL BUNGA KANTAN

Bahan A (tumbuk atau blender)

# 20 ulas cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
# 5 biji bawang merah
# sedikit belacan

Bahan B

# 10 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
# 1 biji bawang besar ~ hiris bulat
# 1 cawan ikan bilis (tumbuk kasar)
# Minyak masak secukunya
# 2 kpg asam keping
# garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:-

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan yg diblender. Biar sehingga bangkit baunya.  Masukkan bunga kantan dan ikan bilis dan gaul rata.  Tambahkn sedikit air jika perlu. Biar sehingga mendidih.  Tambahkan garam, gula dan asam keping.  Biarkan ia pekat sedikit dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat.  Masak sehingga agak kering. 


Selamat mencuba...!

8 comments:

  1. sedap ni.. boleh cuba.. bunga kantan banyaj kat rumah tapi tatau nak buat ape.. hihi..

    ReplyDelete
  2. nak kena cari bunga kantan kat kebun ni Gee. I like!! Tq for recipe.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nk cuba la kang... mcm sodap jo ni

    ReplyDelete
  5. Nak tye ikan bilis tu kne goreng dlu ke

    ReplyDelete