Pengat pisang merupakan menu pemanis mulut yg paling k.gee gemari terutama pisang nangka atau pisang tanduk... pisang lain kurang sikit... k.gee sukakan rasa masam-masam pada pisang nangka dan bila digigit terasa liat-liat sikit... bila disatukan dengan kuahnya yg manis dan aroma gula melaka,,, pergh..!! fengsan... bermangkuk-mangkuk masuk perut... sedap you!
Laling k.gee pulak sukakan pengat pisang yg dimakan sejuk... masukkan dalam peti ais 1 atau 2 jam dan bila hirup kuahnya terasa macam makan aiskrim... nyum2x katanya...
PENGAT PISANG
Bahan-Bahan :
1 biji pisang tanduk (dipotong kecil)
1 liter santan
1 cawan air
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula
Secubit garam
2 sudu sagu biji (basuh dan toskan)
1 helai daun pandan
Cara-Cara:
1. Masukkan santan, gula melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. kacau2kan selalu supaya santan tidak berbintil.
2. Masukkan pisang dan garam. Masak seketika sehingga kuah agak pekat.
3. Akhir sekali masukkan sagu biji. Siap.
Bahan-Bahan :
1 biji pisang tanduk (dipotong kecil)
1 liter santan
1 cawan air
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula
Secubit garam
2 sudu sagu biji (basuh dan toskan)
1 helai daun pandan
Cara-Cara:
1. Masukkan santan, gula melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. kacau2kan selalu supaya santan tidak berbintil.
2. Masukkan pisang dan garam. Masak seketika sehingga kuah agak pekat.
3. Akhir sekali masukkan sagu biji. Siap.
Nah! semangkuk pengat pisang untuk awak...
Sedapnya.... Favourite ni
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)