Asam pedas adalah menu faveret famili k.gee... paling kurang seminggu sekali akan ada lauk asam pedas disajikan... sama ada asam pedas ikan atau ayam... kali ini k.gee mencuba resepi asam pedas ala Melaka dengan sedikit ubahsuai ikut citarasa k.gee. Asam pedas Melaka ada kelainan sedikit kerana ianya lebih berempah dan pekat kuahnya... Biasanya kalau ke Melaka k.gee tidak akan melepaskan peluang menikmati sajian popular ini...
Asam pedas pari ala Melaka
Sumber : Hidup Biar Sedap
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
1 biji terung ungu saiz besar (kalau kecik, guna 2 biji) - k.gee tak letak
20 biji tomato ceri (atau 2 biji tomato biasa)
2 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 3/4 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*(*goreng tanpa minyak, kemudian tumbuk halus)
1 kiub ikan bilis (optional)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 kemudian potong 3 setiap belahan, rendam. Tomato di belah 4 setiap 1 (kalau guna tomato ceri tak perlu belah). Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis bahan2 tumis dan serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan bahan tumbuh halus dan tambah pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biar mendidih. Tambah ikan, kiub ikan bilis (jika guna) daun kesom dan bunga kantan. Kemudian masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
- Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masuk tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
Sedap kan... layan sama nasi panas dan telur dadar
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerhh sedapnya tapi kalau sya guna ikan tenggiri sbb tak mkn ikan pari..hihi
ReplyDelete