Pages

Saturday, July 30, 2016

Putri 2 Sebilik


Ahai... tetiba tekak ini teringin nak makan kuih muih tradisional pulak... kuih zaman dulu-dulu yang ada inti nyior dan ada aroma daun pisang yg harum... maklumlah asyik makan kukis moden ajer, kan...

Asalnya nak buat kuih badak berendam... tup tup kuih putri 2 sebilik pulak jadi nya... walaupun rupa paras sang putri agak debab dan hodoh sikit... haha! Layan aje lah yek...


PUTERI DUA SEBILIK  
Sumber : Ita Masam Manis

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran 

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah 
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.




Untuk Inti Kelapa  
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.

Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B

Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 


Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau).  Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)  Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan... Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya. Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais. 

Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  


Hehe... puteri debab dan hodoh...



Thursday, July 28, 2016

Selamat Hari Raya semanis madu...


Masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia... Selamat Hari Raya dari kak gee dan keluarga... Mohon ampun maaf atas salah dan silap serta terkasar tutur bicara... 



Tiada juadah open house yang istimewa yea.. cuma layan cornflakes madu yang lemak manis lagi rangup dikunyah sambil nonton televisyen... hehehe...   



Cornflakes madu

Bahan2 

300gm conrflakes (ramas sikit)
100gm mentega
6-8 sudu gula
1/2 cawan madu
ceri cincang
kismis

Cara
1. Cairkan mentega dan gula
2. Masukkan madu, kismis dan ceri. Bila dah mendidih masukkan cornflakes.
3. Tutup api dan kacau rata.
4. Sudukan dalam papercup. 
5. bakar dlm oven lebih kurang 10-15 minit.



Cookies yang ringkas, mudah tapi enak dinikmati sambil bersantai bersama keluarga, kan...


Saturday, July 2, 2016

Biskut pasir... nostalgia beraya di kampung


Baru hari ini k,gee dapat menyediakan kukis untuk hari raya... Jeles tengok orang lain yang sudah berderet kukisnya dalam balang... berwarna warni dan aneka rupa lagi... Pagi ini anak dara k,gee rajin nak bantu buat biskut raya... Siap dia sediakan senarai biskut yang digemarinya... biskut choc chips, biskut oreo black beauty, biskut famos amos chef amer, cornflakes coklat dan tidak lupa biskut pasir... biskut kegemaran wan (nenek) katanya...   


Biskut Pasir memang kukis favourite family k,gee dari dulu lagi sejak dari arwah wan k,gee, kemudian turun kepada emak dan sekarang k.gee pulak mewarisi resipi tradisi ini... kata emak, biskut ini dinamakan biskut pasir kerana teksturnya yang seakan-akan berpasir dan ada deraian habuk di hujung jari apabila memegangnya... ia dibuat menggunakan lemak sayur... zaman emak dulu dipanggil spry dan sekarang lebih dikenali sebagai shortening... acuannya juga agak unik dan menggunakan kaedah tekan dan potong... masa kecil dulu k.gee paling suka dapat tolong buat kukis ini... bangga nya dapat buat kuih raya... seronok ! 


BISKUT PASIR

Bahan:
1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adunan lembek tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Ambil satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna coklat.  Bentukkan memanjang dan lekatkan keduanya. Masukkan ke dlm acuan dan tekan potong sehingga habis... Bakar dalam oven 15 minit suhu 175'c.



Salam Lebaran semua...