Pages

Sunday, January 8, 2017

Badak berendam labu


Syukur alhamdulillah... cuaca hari ini nampak cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa... walaupun sekali sekala awan kelihatan hitam dan cuaca mendung tanda hujan akan turun... apapun mujurlah sempat pakaian di jemuran kering... awal-awal lagi k.gee sudah ke dapur menyediakan juadah untuk makan tengahari... maklumlah musim sejuk begini perut selalu aje lapar... kan... 


Untuk juadah makan tengahari, k.gee sediakan gulai lemak labu, menu peberet encik suami... di samping ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman... berselera suami dan anak-anak makan... maklumlah menu kegemaran... ada berbaki separuh lagi labu tu, k.gee buatkan juadah untuk minum petang pulak iaitu kuih badak berendam... ermmm... pertama kali buat kuih badak versi labu dan k.gee sangat teruja dengan keenakannya... lembut, lemak, manis dan sangat berkrim... berketul-ketul badak terjun dalam perut k.gee... sangat-sangat yummy tau...!



Kuih Badak Berendam Labu

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

1 cawan labu rebus yg tlh dilecek
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
inti kelapa secukupnya
2 1/2 cawan santan* + 2 sudu makan tepung beras* + 1 sudu teh garam* + 4 sudu makan gula pasir* + 3 helai daun pandan* dikoyak.
Cara-Cara
  1. bancuh sebati bahan2 brtanda* lalu dikacau atas api hingga mendidih 2 minit - biar sejuk & ketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa - ketepikan.
  3. satukan bhn utk doh 1, uli hingga kental. tambah tpg pulut jika perlu.
  4. panas kan 2/3 periuk air.
  5. ambil sejemput doh, leperkan, bubuh inti & kelim rapat. masukkan dalam air mendidih. bila bola2 timbul ke permukaan air, biar lah 2 minit baru di angkat & terus masukkan kedalam kuah santan tadi.
  6. buat hingga habis.
  7. Alhamdulillah, siap lah hidangan minum petang nanti...  sedap dimakan sejuk2


Jemput semua...


No comments:

Post a Comment