Pages

Sunday, January 22, 2017

Bun Manis


Selamat pagi semua... sarapan apa hari ini..?

K.gee sediakan bun manis untuk famili... baru-baru ini anak teruna k.gee si ALif menyertai kelas membuat roti bersama kawan-kawan asramanya... lembut rotinya... tak sangka pulak dia suka memasak... "sengaja nak isi masa lapang, mak...", katanya... oklah tu daripada membuang masa dengan perkara yang tak tentu arah, kan... dapat jugak makan roti sedap dan lembut... 


K.gee simpan resipinya untuk rujukan di masa hadapan... cuma k.gee ada ubahsuai sikit resipinya menggunakan superbake yang baru dibeli dari LOyang Bread Convibakers kepunyaan si Rabiatun Adawiyah Mohamed Din yg cun melecun tu... jom meroti..!


BUN MANIS/BUN LEMBUT

220ml air
100 gm gula kastor
1 sudu teh garam
10 gm susu tepung
75 gm butter
1 sudu teh superbake
500 gm tepung high protein
1 sudu besar yis

Cara:

  1. Masukkan air, butter, tepung, garam, superbake, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  2. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil, timbang dan bulat-bulatkan.  Susun di dalam loyang di sapu marjerin pada keliling loyang.
  4. Panaskan oven 45 darjah celcius dan masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  6. Spray permukaan roti dengan air.
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
  8. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.



Lembut dan gebu roti guna superbake ni... sangat puas hati...
tak payah membeli roti di kedai lagi...  cubalah...


No comments:

Post a Comment