Salam Jumaat...
Sehari dua ini viral di laman sosial tentang kuih 'kuba guling' kuih yang popular di Kelantan... sedap katanya... terdetik juga rasanya nak mencuba kerana keunikannya menggunakan serbuk arang dari tempurung kelapa yg dibakar... Buat masa ini kita layan ketayap bang aji dulu ye... kuih gulung bukan guling... hehe
KUIH KETAYAP@KUIH GULUNG
Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 1/2 cawan air dan tapiskan]
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
1/2 cawan air
1 biji kelapa parut muda
2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]
Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan
I’d must examine with you here. Which isn't something I usually do! I take pleasure in studying a submit that may make folks think. Additionally, thanks for allowing me to comment! gsn casino
ReplyDelete