Dengan lafaz
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِي
"Ya ALLAH yang Maha Mengetahui atas apa yang terbaik untukku, ENGKAU juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku... sekiranya aku salah membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang ENGKAU redhai... sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami@isteri ENGKAU ampunilah aku dan berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu ya ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyanyang "...
Amin ya rabbal 'alamin
Mari kita mulakan hari ini dengan senyuman... Sarapan apa yer pagi ini? K.gee tak sempat nak sediakan sarapan sebab terlewat bangun... semalam layan drama Trilogi Cinta... tak sedar teremosi pulak... hehehe... standard lah tu, kan... Jadi pagi ini layan kek pandan saja lah yer... aci tak?
KEK PANDAN
Bahan-bahan :
350 gm tepung sponge mix
5 biji telur
80 ml santan kotak
1 sudu pewarna hijau
1 sudu kecil esen pandan
80 ml minyak jagung
Cara-cara :
1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Masukkan tepung adunan pek segera dalam mangkuk adunan. Tambahkan santan dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.
3. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen pandan, pewarna dan minyak perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.
4. Masukkan ke dalam acuan dan adunan bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu sebelum dipotong.
Selamat menikmati kek pandan....
































