Pages

Saturday, April 30, 2011

Pegedil

Salam Sabtu semua dan selamat berhujung minggu.  Apa agaknya menu istimewa di hari cuti ni ye? Mesti ada yang mengambil peluang balik ke kampung...boleh merasa masakan air tangan bonda...seronok dapat berkumpul ramai2 di kampung...Akak bercuti di rumah saja sambil2 berkemas rumah...masak pun simple saja maklumlah penat berkemas....menu hari ni pegedil dan sambal kicap.... 


Pegedil ini sedap dimakan dengan soto ayam atau mi sup..kalau nak makan dengan nasi boleh juga...janji tekak boleh terima...ok jom tengok resepi pegedil

Resepi Pegedil Daging

Bahan-bahan:

5 biji ubi kentang - potong dan rebus/goreng
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar - mayang dan goreng
daun sup/daun bawang - dihiris halus
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul

cara:
1.  ubi kentang di lenyek dan digaul bersama dengan daging cincang,
2.  masukkan daun sup/daun bawang yg dihiris, bawang goreng, garam dan serbuk lada hitam.
3. gaul hingga sebati
4. bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
5. panaskan minyak, celupkan pegedil di dlm telur dan goreng hingga keperangan.

Sambal kicap :
10 cili api
2 ulas bawang putih
Kicap
Gula
Limau nipis

Cara:
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau.

No comments:

Post a Comment