Pages

Sunday, May 1, 2011

Roti gulung pedas...sarapan ringkas

Hari ini 1 Mei ~ Selamat Hari Pekerja semua... masak sedap2 yer untuk suami dan anak2...Walaupun pejabat cuti tapi kerja di rumah tak pernah cuti kan...? Syabas semua...berkhidmatlah kerana Allah...semoga mendapat ganjarannya di hari kemudian....

Roti gulung pedas...menu sarapan yang ringkas dan mudah sempena cuti hari pekerja ni...(ketandusan idea la pulak...) barangkali penat mengemas semalam...lagi pulak malas nak keluar membeli sarapan ...so masak apa yang ada aja...apa yang penting?! perut kenyang...ahaiiii

Resepi Roti Gulung Pedas

5 keping roti gardenia
10 butir mushroom frankfuter
1 biji telur
2 biji cili padi
1 ulas bwg putih
garam
minyak

Senang saja menyediakannya.  Pukul telur dan campurkan cili dan bawang putih yg ditumbuk lumat.  Roti digelek nipis, letak frankfutter di tengah dan gulung. Selepas itu celup dalam telur dan goreng. 

No comments:

Post a Comment