Ne no ne no ne no...roti roti!!! siapa nak makan roti special mari sini... tak mahal sehenggit jer seketoi... Roti special tau... ala-ala piza gitu... baek punya!!
Dapat idea nak buat piza bun ini bila tengok resipi heart shape pide di dapor K.Nor secubit garam... lagi pulak bahan2 pon ada... tepung high protein yg beli sebelum puasa pon ada lagi... itu yg merajinkan diri meroti tu... lagipon cik BM ada membantu... tekan ON aje kan... cuma intinya k.gee derhaka sikit, masukkan sos tomato dan rempah piza... lepas tu bila sudah masak jalurkan pulak dengan sos cili dan mayonis.... haaaaa...... itu yg dapat nama piza bun tuuu... boleh gitu?
Ok kak nor minta izin yer kongsi resipi di sini....
PIZA BUN
Resepi asal : Heart Shape Pide dari Dapor K.Nor Secubit garam
Olahan : gee-hut
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening (akak tak letak)
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
INTI PIZA
Bahan Inti :
250 g daging cincang
1 tin tomato puree (akak guna jenama Leegos)
1 paket (40 gm) rempah piza
1 biji bawang besar dpong dadu
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun 2 biji capsicum merah dan hijau
Gula
Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, daging cincang,tomato puree dan rempah piza. kacau rata. Tambahkan air dan gula dan biarkan sehingga daging empuk. Kalau gunakan tomato puree Leegos tak perlu masukkan garam kerana ia sudah cukup masin. Biarkan sehingga agak kering dan masak betul. Masukkan lada casicum yg dipotong dadu, kacau sebati dan tuutp api. Angkat dan ketepikan
Apabila doh roti sudah naik, canai dan bentukkan ikut citarasa masing-masing. Sapukan kuning telur di atsnya dan letakkan inti... bakar pada suhu 180 selama 15 minit dan roti kekuningan.
Sedia untuk di ngap...!!
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletewah... diana nak 10 henggit.. hehehhee.. sedapnya tgk nie akak... nie dapat seketul pun puas makan nie... byk tu inti nya... sedaaaap!!!!
heeee.... nanti k.gee pos laju ek Diana...
ReplyDeletenampak sedap sangat roti bun tu... nak cikit
ReplyDeletenakkkk roti..
ReplyDeletelama dah mas tak meroti..he3
gebusssss aje roti itu..bole la buat jugak nnt
ReplyDeleteNak satu, K Gee...
ReplyDeletemakan sebijik jer dah kenyang ni..
ReplyDelete