Pages

Friday, October 7, 2011

Bun kelapa

Salam Jumaat semua.... syukur alhamdulillah kita masih mampu menghirup udara segar di pagi hari yg mulia ini...


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa


Sambil2 tu mari kita layan bun kelapa kak gee ni... Aalahi... tak berapa nak cantik sangat... kak gee cedok resipi dari dapor Ida... cumil roti yg Ida buat untuk suaminya... kak gee cnp di sini pulak yer...

BUN KELAPA
Resipi : Idaddapor

Bahan :

140 mls air
20 gm telur
250 gm tepung roti

20 gm gula
4 gm garam
25 gm mentega
3 gm yis kering
8 gm susu tepung
Inti kelapa manis secukupnya
Bancuhan telur untuk sapu/glis atas doh roti sebelum dibakar:
Baki telur tadi dicampur sedikit susu segar(2 sudu besar) dan tiga empat titik madu
....supaya permukaan atas roti nampak berkilat setelah masak
Atau telur sahaja sudah memadai
Sedikit butter/marjerin untuk disapu ke atas roti sejurus ia dikeluarkan dari oven...bagi mengilatkan lagi roti-roti anda.
Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-cara:BM

Masukkan semua bahan ke dalam acuan BM dimulai dengan air suam,bahan2 lain dan diakhiri dengan yis kering.  Kembalikan acuan ke mesin BM. Pilih menu dough dan tekan start.
Setelah siap dari BM,keluarkan, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh sama besar(agak-agak la ya saiznyer) dan bulat-bulatkan.
Masukkan inti kelapa ke dalam doh bulat tadi.Bentukkan seperti bun.Aturkan terus di dalam loyang pembakar yang di sapu sedikit minyak/di alas dengan baking paper.
Jika tidak cukup loyang, boleh la terus menyusun bun-bun yang dibentuk tadi di atas baking paper (potong siap2 baking paper tersebut mengikut saiz loyang,semasa memindahkan ia ke loyang pembakar...angkat sekali kertas tu,jadi bentuk doh tidak terusik)

Ulangi langkah di atas hingga habis
Rehatkan doh yang telah siap dibentuk lebih kurang 30-45 minit untuk naik sekali ganda lagi.
Setelah cukup masa,sapu permukaan bun2 tersebut dengan bancuhan telur sebelum di bakar.Jika suka boleh tabur dengan sedikit bijan.
Bakar pada suhu 180 C selama 16-18 minit sahaja.

9 comments:

  1. terasa mcm gatall je tangan ni nk meroti jugak.. hihi.. tp tun biasanya kurang sket mkn inti kelapa nih. wat inti kastad sedap jugak kan..

    ReplyDelete
  2. kak gee...cantik berkilat roti akak...post kat sini seketul dua kak..

    ReplyDelete
  3. K Gee,
    nak sebijik buat minum petang ni... ;D

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Gee..ada lg tak bun kelapa cumel tuu..best ni dpt mkn bun dgn kopi panas..:=)

    ReplyDelete
  5. uishh coel sesngat la kak ida roti nyer.. rasanya mcm tak de tajuk je entry kak ida ni kan. sah terlupa nak letak tu..hehe...banayk2 roti, roti inti kelapa saya lum pernah try lagi. nak jugakkkkk

    ReplyDelete
  6. haaa kan dah silap... hahaha bukan kak ida... kak GEE.. AMPOONNN

    ReplyDelete