Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Syukur alhamdulillah atas segala kurniaan nikmat yg telah Allah berikan. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Sarapan apa yer pagi Jumaat ni? Jemputlah makan jemput-jemput labu hot & spicy... jemput2 ni pedas sebab k.gee campurkan 3 biji cili padi... sengaja olah2 sikit menu, biasanya buat jemput manis... bila labu sudah digaul dengan bilis, bawang, cili dan segala bagai tu, yg tak suka makan labu pun tak sedar sudah ngap labu dekat sekilo... padan muka! hehehe... lain kali jangan sombong.. kata labu tak sedap la hapa laaa kan.... sedangkan sebenarnya banyak sangat khasiat labu... kaya dengan vitamin A, C, mineral serta karbohidrat. Isi labu kuning mengandungi antioksida sebagi penghalang pelbagai jenis kanser, air buahnya berguna sebagai penawar racun jika digigit haiwan berbisa, bijinya pula menjadi ubat cacing pita kepada orang dewasa. Lebih dari itu, labu kuning juga mampu menjadikan kulit selalu kenyal dan lembut. Haaa... bagus kan makan labu....
Resepi biasa2 saje... sama macam buat cucur atau cekodok bilis cuma tambahkan labu yg dilecek... goreng dan makan dengan sos cili... sedapppp
Jemputlah....
Salam Jumaat,
ReplyDeleteWah sedapnya, bila nampak cucur cicah sos cili terfikir nak makan cucur udang la pulak...
pergggghhh...cucur my peberet..
ReplyDeleteoh first time dgr cucur labu, menarik jugak ye kak gee =)
ReplyDeleteSelamat malam Gee,
ReplyDeleteada lagi ke jemput2 labu tu... datang tumpang makan, laparlah...
alamak ...tergigit cabai la kak gee...mintak ayor segelas!..hehehe...sedap tu kalo layan cucur ptg2 ni..
ReplyDelete