Kak gee teruja membaca Buku Bukan Sekadar Resipi, karya yang cukup menarik. Pertama kali menatap kulitnya k.gee ingatkan buku resipi yang biasa, yang penuh dengan resipi masakan seantero dunia... tapi k.gee silap rupanya... Bukan Sekadar Resipi bukan buku rujukan di dapur semata-mata... juga bukan sekadar tentang masakan dan resipi, tetapi ia lebih kepada gabungan masakan, pengalaman kehidupan, kasih sayang seorang ibu dan nikmat kebesaran Allah SWT... Setiap resipi yang dikongsi ada rahsia dan cerita tersendiri. Sangat menarik buku ini dengan gaya penulisan yang bersahaja. Tak rugi memilikinya... Terima kasih kepada hubby menghadiahkannya kepada k.gee dan tahniah kepada Puan Roza Roslan yang mengilhamkan bahan bacaan keluarga yang sangat bermanafaat ini...
Resipi Jemput-jemput Ikan Wan Fatimah antara resipi menarik perhatian dan menggamit selera k.gee... pertama sebab resipinya ada kelainan dari jemput-jemput yang biasa, ada inti ikan di dalamnya... kedua sebab terpikat dengan nama Wan Fatimah, sama dgn nama arwah nenda k.gee yang memang gemar memasak untuk anak2 cucunya... Subhanallah...
Resipi jemput-jemput ikan ini resipi mertua Pn Roza dan nostalgia masakan emak ini beliau simpulkan dalam bukunya bahawa dapur dan resipi boleh menjadi pengikat hubungan menantu dan mertua.... menarik kan! Mari kita semak resipinya...
JEMPUT-JEMPUT IKAN WAN FATIMAH
Bahan A
5 ekor ikan kembung atau ikan selayang
1/2 inci halia
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 biji hirisan bawang besar
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 batang
hirisan lobak
2 tangkai daun bawang
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara :
1. Ikan direbus bersama halia yg dihiris, asam gelugor dan garam sehingga air menggelegak. Tunggu sehingga ikan lembut dan masak.
2. Keluarkan isi ikan dr tulangnya dengan berhati2. Lecek isi ikan sehingga lumat dan masukkan hirisan bawang besar. Jika suka tambahkan sedikit garam dan lada sulah.
3. Dlm mangkuk yg berlainan, bancuh bahan B sehingga adunan agak kental.
4. Ambil 1/2 sudu adunan tepung, masukkan sedikit ramuan isi ikan ke dlmnya. Kemudian tutupkan dengan 1/2 sudu adunan tepung. Pastikan isi ikan berada di tengah-tengah.
5. Dengan menggunakan sudu atau tangan masukkan ke dalam minyakpanas. Lakukan sehingga selesai.
6. Apabila jemput-jemput kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak.
7. Jemput-jemput ikan sedap dimakan panas-panas dan dicicah bersama sos cili manis.
Menariknya..x pnh try jmput2 ikan ..nmpak sedap ni:-)
ReplyDeleteAsslmkum kak gee.
ReplyDeleteSue x pg lg cari buku tu. Mmg nmpk menarik pun.
Jemput2 ikan? X pernah dgr. Tp klu dah namanya jemput2, kompem sedap. :)
lain resepi ni gee. Kena cuba ni. nanti bundo nak cari jugalah buku ni. Nampak menarik.
ReplyDeletemieza rasa mieza ada nampak buku ni kat popular masa gi beli buku UPSR anak kat sana last wiken..tapi tak terbeli..cuma belek2 then letak balik..kalau k gee bg review resepinya menarik mieza pun nak beli juga lah..dan resepi jejemput ni mmg menarik...thanx k gee..nanti nak cuba juga :)
ReplyDelete