Pages

Friday, December 21, 2012

Teh berangin...


Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.



Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?


           
Sambil kita berhibur irama zapin bersama Tan Sri S.M.Salim... sambil kita menikmati teh berkhasiat yang berangin-angin dalam tekak ni... Teh lemon pudina... teh berangin dan menyegarkan mulut... memang peberet... 

Daun pudina memang banyak khasiatnya terutama untuk mengubati penyakit gastrik.. cuma rendamkan 2,3 helai daun pudina ke dalam air teh tanpa gula dan minum setiap petang.... InsyaAllah sembuhlah gastrik tu... di samping itu pudina juga baik untuk kulit, boleh melegakan batuk, meredakan demam selsema dan ia juga boleh dijadikan ulam-ulaman... haaaa! apa lagi jom pudina.....



Ini pokok pudina k.gee baru beli masa makan angin ke Cameron Highlands kelmarin... selepas ini nak buat aiskrim pudina, nasi pudina, puding pudina dan macam2 lagi....tungguuuuu

7 comments:

  1. salam Gee, akak tengok teh bekenan lah lagipun wangi nya sampai ke Brunei ni heheee satu lagi suka tenok pudina tu segar bugar je mood nak tanam jugak lah, tapi CH jauh lah nk pergi kena cari jugak benih ni, nk buat macam2 dengan pudina ni jugak hee

    ReplyDelete
  2. banyak betul khasiatnya...
    saya pun teringin nak beli pudina nih...

    ReplyDelete
  3. Saya ni dah beberapa kali tanam pokok pudina tapi tak menjadi. At last beli je kalau nak guna.

    ReplyDelete
  4. salam kak gee
    biasa zila blander pastu campur limau dgn gula sedapp jgk..khasiatnya mmg byk kan kak.

    ReplyDelete
  5. salam kak gee.. mesti sejuk badan bila minum nih.

    ReplyDelete