Aummm cakk!!! 4 hari tak bersiaran...rindu anda semua... Apa khabar anda di sana ? Letih yer...? amboii... bukan main sakan lagi makan angin sampai dah tak larat nak angkat kaki lagi... sudah terlentang jer tu... kesiannya... K.gee menghabiskan cuti di rumah saja sambil bersantai-santai bersama anak2 yg balik bercuti... tak ada aktiviti yang istimewa pun cuma layan mereka makan-makan saja... lepas sorang sorang request menu untuk santapan... rindu masakan ibu kononnya... itu yg tak sempat update blog... hehehe
Bihun sup menu kegemaran anak teruna k.gee yang sulung... memang favourite Along lebih2 lagi ada pegedil daging dan sambal kicap cili padi... memang bertambah2 makannya... lepas semangkuk semangkuk... habis makan bihun meratah pegedil pulak sambil dicicah sambal kicap... emmm mmg sedap masakan ibu.... berbaloi2
BIHUN SUP
1 bungkus bihun - dicelur dan toskan
Bahan Sup
500 gm daging
- rebus bersama halia dan bawang putih sehingga daging lembut. Hiris nipis.
5 ulas bawang putih )
3 inci halia ) dikisar halus
3 ulas bawang merah )
1 ketul kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Air
Garam secukupnya
Langkah
Tumiskan bahan kisar hingga naik baunya dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging tadi. Tambahkan kiub ayam, air, garam dan sup bunjut adabi. Masak sehingga mendidih. Selepas masak taburkan daun sup dan daun bawang.
Kisar 10-15 biji cili padi bersama 4 ulas bawang putih. Tambahkan kicap, gula dan perahan limau nipis.
Pegedil Daging
300 gm daging cincang Ramly Burger
4 biji ubi kentang - direbus dan lecek
1/2 cawan bawang goreng
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit ladah sulah
Garam secukup rasa
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara:
Campurkan semua bahan kecuali telur dan gaul hingga rata. Bentukkan bulat-bulat bersaiz sederhana. Celupkan ke dalam telur dan goreng. Sedap dimakan bersama bihun sup.
mari..mari..mari...
k.gee belanja bihun sup
Assalamualaikum Gee.... sedappnya sup tu... my favourite..
ReplyDeleteSalam Kak, bak mai semangkuk?:)
ReplyDeleteGee...sedapnya dapat semangkuk bihun sup ...lama lah tak buat...selalu beli je nampak kat rumah Gee eemmm buat terliur .
ReplyDeletetgh rebus daging tuh kak.... igt nk cicah air asam je.. tp nak wat sup jugak lah mcm kakgee.. leh bdk2 mkn.. sedapnyerrr
ReplyDeleteHadoi Geee.... menu beginilah yang buat ku tak senang duduk! Ngencessss!!!
ReplyDeleteAs'salam Gee
ReplyDeletebihoon sup memang sentiasa mendapat menu tertinggi kat rumah ct, anak no 3 tu memang fav dia sokmo. kalau buat sekampit bihoon memang tak cukup hehehe
as-salam
ReplyDeletemy family mmg suka bihun sup mcm ni..npk sedap..