Pages

Thursday, February 14, 2013

Kuih talam keladi


Lebatnya hujan pagi ini... kelam kabut k.gee dibuatnya nak menghantar eQa ke sekolah... mana nak pegang beg sekolahnya, beg kain telekung, beg baju swimming lagi... nak pegang payung lagi... subhanallah... sudah macam santa claus dibuatnya... lucu pun ada... kik kik kik !!



Hujan-hujan begini kita layan kuih talam purple ajelah yer... Resipi k.gee angkut dari dapor si comel Ita Masam Manis dan idea nak menalam ini tercetus selepas melihat kuih talam keladi ilebiu dari CMG... cantek2 belaka...!!



TALAM KELADI

Resipi : Ita Masam Manis
By : Chef Asma

Bahan-Bahan Utk Lapisan Bawah

220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air
250 gm keladi - lebih sikit pun tak apa - buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit.- kukus baru timbang

Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi
Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi
Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas

150-180 gm tepung gandum (Yatie guna 1 1/2 cwn je)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Ita buat 1/2 adunan sahaja dari resepi di atas dan ita gunakan loyang 8 inc. Kat bawah ni cara bagaimana ita warna kan keladi tu.

Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata2 kemudian ayak.

Pancitkan dengan air dan kemudia ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hinga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.

Selepas keladi empuk Toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam


Selamat menjamu selera... !!


7 comments:

  1. uiii!! sedap ni kuih talam keladi,pebret gilerr2...kak,siap ada bunga keladi yg cantek tu....kita ada tanam,tapi mati...

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian talam keladi kak gee.

    ReplyDelete
  3. cantiknya gee. Mesti sayaang nak makan haha..

    ReplyDelete
  4. as-salam
    npk cantik talam keladi ni..daun tu daun keladi ke...

    ReplyDelete
  5. Salam gee...lama dh x menalam...tahun lepas kot hihi..terluir tgok talam purple tu haa...:-)

    ReplyDelete
  6. salam kak gee
    cantiknya..tentu sedap nih
    atie suka sgt talam keladi
    tp tak pernah wat sendiri hihi

    ReplyDelete
  7. salam kak G...baru sampai..ada lagi talam keladi?

    ReplyDelete