Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... sihat dan ceria hendaknya di hari Jumaat yang mulia ini... Terus saja ke menu simple k.gee pagi ini... homemade kentang putar... sebenarnya ini bukan menu sarapan pagi ini tapi menu dinner 2 hari lepas... bak kata k.gee tempohari, bila anak2 cuti ada saje menu request daripada mereka... kentang ini gandingan bersama chicken chop untuk anak teruna k.gee yg sorang lagi yang sukakan menu western...
HOMEMADE KENTANG PUTAR
• 5 biji kentang
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• garam secukup rasa
Cara-cara buat :
1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan lecek sedikit hancur
3. Gaulkan dengan lada hitam dan bentukkan bulat-bulat. Ketepikan.
Sos kentang putar
Bahan-bahan
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam
Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai dan curah di atas kentang yang dibentuk tadi.
Simple & sedap...nyam...nyam..!!
Selamat pagi Gee...bestnya menu... memang tercari jugak resepi nie.... tq for sharing...
ReplyDeleteTerima kasih sharing...makan ngan apa kentang tu?:)
ReplyDeletesuka tang lelehan kuah dia tu...menjilat jari..
ReplyDeletesalam kak gee..harapsemuanya sihat .. :) emm bestnya mashed potato ni .. lama x makan ..
ReplyDeletesalam gee,
ReplyDeletewah...memang resepi yang simple dan menarik.telan air liur aje tengok kentang putar yang berputar dalam pinggan tu...slrrrp
comelnyer kentang putar tu.... feberet anak madihaa yg kecik sekali...
ReplyDeleteAssalamualaikum...Kak Gee...Alahaiiiii cutenya kentang putar ni...siap ada daun pudina lagiiii
ReplyDeleteCantik je bila dah dibulatkan kentang putar tu. Habis la KFC macam ni....
ReplyDeleteUwaaa...leh makan byk ni.
ReplyDeleteFirst of all I would like to say fantastic blog! I
ReplyDeletehad a quick question which I'd like to ask if you do not mind. I was curious to know how you center yourself and clear your thoughts before writing. I have had a tough time clearing my mind in getting my thoughts out. I truly do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are lost just trying to figure out how to begin. Any recommendations or hints? Appreciate it!
Visit my website; how to buy a car with bad credit
Also see my webpage: buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car
assalam
ReplyDeletesedapnye tu, selalu makn kfc punya je
kalu tau buat sendiri lg sedapkan kgee