Kek red velvet lapis cheese ini k.gee buat semasa cuti CNY itu hari... Memang sudah agak lama tak mencis tetiba teringin pulak... Lagipun k.gee tengok ramai para blogger masak yang buat kek choc lapis cheese kukus... nampak mengancam dan menggoda kan!?
Bila tengok ramai yang buat kek lapis kukus cheese, k.gee pon dapat idea untuk melapis cheese juga rvc ini... tapi nak mengukus tak berapa rajin jadi bakar saja di dalam oven... Resipi k.gee angkut dari dapur Zue tetapi dengan sedikit olahan mengikut citarasa dari k.gee... Izinkan k.gee panjang panjangkan resipinya di sini pulak yer.. terima kasih Zue.
RED VELVET LAPIS CHEESE
Resipi : Zue Tarabozu2
Bahan-bahan
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
2 sudu kecil pewarna merah - 1 sudu warna kurang merah
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula halus
1 sudu besar jus lemon (k.gee guna sunquick)
Cara :
Oven dipanaskan pada suhu 170 C. Kemudian alaskan loyang dengan paper sheet dan biarkan kertas lebih daripada loyang supaya senang untuk keluarkan kek nanti. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit. Tepung diayak bersama garam dan ketepikan seketika. Didalam mangkuk lain, pukul mentega hingga putih dan berkrim, kemudian masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit Lastly masukkan telur dan vanilla, pukul lagi sehingga sebati. Selepas tu, susu segar, pewarna merah dan coklat emulco di satukan dan kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan di dahulu tepung dan di akhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega tadi dan habiskan dalam 3x tuang. Kemudian, satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Cara Membuat Lapisan Cheese :-
Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan telur. Putar biar sekata dan sebati. Seterusnya tuangkan ke atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheese kek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.
Nota : Lapisan cheese tu adalah di syorkan bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.
Cara k.gee :
Tuangkan separuh adunan rvc ke dalam loyang dan lapiskan dengan adunan cheese di tengahnya. Kemudian tuang baki rvc yang selebihnya. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit atau sehingga kek masak.
Tuangkan separuh adunan rvc ke dalam loyang dan lapiskan dengan adunan cheese di tengahnya. Kemudian tuang baki rvc yang selebihnya. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit atau sehingga kek masak.
Taraaa...!!! sudikanlah....
kak, nak sikit.
ReplyDeleteAssalamualaikum..emmm sedapnyaaaaa
ReplyDeleteMarsita >
ReplyDeletehehehe... sudah licin Ita
Sue @ Nenie >
memang best! moist jer
as-salam
ReplyDeleteso drooling red velvet..
geramnya tengok cheese kat tengah2 kek tu ..cam marble pun ada gak..hehehe..
ReplyDeleteaduhai...sedapnye rvc lapis cheese... cantik sgt cheese tu marble ngn kek ... terliur dah ni ;)
ReplyDeletecantik la kak warnanya walaupun akak dah kurangkan warnanya..minggun lepas kita buat redvelvet yg asli tu...tp pudar je..adachees ni lg up menikmatinya kan..
ReplyDelete