Salam Selasa tengah malam Isnin dan salam sejahtera buat semua... sehari dua ini tuan tanah tak sedap badan... sakit tekak, batuk dan selsema... alahai... lebih sejam menunggu giliran berjumpa doktor di klinik... rupanya ramai yang senasib dengan tuan tanah.... sindrom musim tengkujuh....
Bila tekak meragam ni, mulalah mengidam yang bukan-bukan.... nasib baik masih ada kudrat nak menggodek di dapur... masak yang mudah dan ringkas saje... tuan doktor pesan kurangkan makan yang berminyak dan pedas2... seeloknya makanan yang lembut dan sup.... baiklah tuan doktor.... jom layan sup bilis...
MI SUP BILIS
Resipi : Sup Ringkas Kue Tiau oleh Suwarsi M.Arukin (Menu Lengkap 100 Resipi)
Olahan : gee-hut
100 gm ikan bilis (rebus dan toskan)
150 gm ikan bilis - goreng dan tumbuk lumat
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
750 ml stok udang (k.gee gantikan 1 kiub ikan bilis)
500 ml air
1 sudu teh minyak masak
Garam, lada sulah dan sedikit gula
Bahan tambahan :
Sawi, telur rebus, daun bawang dan homemade fish ball
Cara membuat :
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan stok ikan bilis, ikan bilis yg ditumbuk tadi dan kiub ikan bilis. Tambahkan air dan *fishball.
Didihkan sehingga semua sebati. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah yang mendidih. Sesuaikan rasa dengan garam, lada sulaha dan sedikit gula.
Untuk menghidang, ambil sedikit mee dan letak dalam mangkuk. Tambahkan bahan2 tambahan dan tuang kuah sup. Sedap dihidang panas.
* Homemade fishball : k gee gunakan 2 ekor ikan kembong, rebus dan buang tulangnya. Kisar halus dan tambahkan sedikit tepung ubi, garam dan lada sulah. Gaul rata dan gentel bulat2. Panaskan air dan rebus fishball hingga masak.
Slruuuup.... sedapnya layan mi sup panas-panas....
Sedapnya
ReplyDeletehttp://norfaezah-zakaria.blogspot.com/
sedapnyer...
ReplyDelete