Kenapa sekarang dapur gee-hut sudah tidak aktif? asyik tenggelam timbul jer... alahai... kelu lidah nak menjawab soalan cepu emas itu... hehehe... biasalah hujung tahun ini ada banyak aktiviti keluarga kan... ada jemputan kenduri kendara majlis sana majlis sini ziarah menziarah sambil2 bercuti dan melancong layan anak2... jangan risau sebab dapor gee-hut masih beroperasi macam biasa... cuma ada sedikit slow sebab... siap masak hidang dan aik...! licin sudah... hehehe... tak sempat shooting dah langsai...
Nasib baik ada koleksi lama dalam lappy... bolehlah dapor gee-hut berasap pagi ini... Mi Siam ini resipi dari Koleksi Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly dimasak oleh aktres Melissa Saila... K.gee pernah merasa makan mi siam serupa ini semasa kami sekeluarga berkunjung ke rumah sahabat lama hb di Air Baloi, Pontian... pertama kali makan terus terpikat... Kali ini k.gee mencuba resipi dari Melissa Saila pula... memang sedap..!
MI SIAM
Resipi : Melissa Saila ~ Ketuk-ketuk Ramadhan
1 paket mihun (rendam / celur sampai lembut
4 biji bawang besar (dikisar)
½ cawan taucu
4 ulas bawang putih (cincang halus)
Udang kering (ditumbuk lumat)
Gula merah
Asam jawa
Cili kisar
Tauhu basah (goreng & hiris nipis)
Udang hidup
Daging (potong kecil)
4 biji telur rebus
Daun kucai
Limau kasturi
Minyak masak
Garam
Air secukupnya
Cara membuat kuah :
Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau sebati. Masukkan pula daging, taucu, udang hidup, asam jawa, sedikit air, garam dan gula. Biarkan mendidih. Siap kuahnya.
Untuk membuat mihun :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, udang kering dan taucu. Tumis hingga naik baunya. Masukkan mihun, gaulkan.
Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.
Letakkan mihun yang siap digoreng tadi di atas pinggan dan tuangkan kuah di atasnya. Hidangkan bersama tauhu goreng dan telur rebus.
Tobat sedap tau...!!
cubalah....
Mee Hoon Goreng Gee pun akak tengok sedap... lapor perut akak ni :)
ReplyDeletedah lama sangat tak makan mi siam....terliur plk mak buyung nengoknnya...
ReplyDeleteBEST NAMA MENU NYA SEBEST PANDANGAN MATA. TAHNIAH KAK MAJ AROMA DIBAWAH TU :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Gee menggoda sungguh mee siam ni...kena pulak dgn sambal udang tu terangkat...
ReplyDelete