Assalamualaikum dan salam pagi Isnin 30 Disember 2013... tinggal berbaki sehari saje lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014... bertambah lah usia kita setahun lagi yer... apa agaknya azam tahun baru ini? alahai... azam tahun lepas pun belum terlaksana lagi... hehehe... Semoga Allah rezekikan kita kebahagiaan, kasih sayang, kejayaan dan kesihatan yang baik serta dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah... amen...
Sajian k.gee pagi ini kuih talam ubi... musim2 hujan ni memang banyak orang jual ubi kayu... k.gee memang gemarkan kuih muih klasik yang berasaskan ubi kayu baik kuih talam, bingka, getuk, lepat dan kadang-kadang ubi kayu k.gee buat lauk dimasak asam rebus dengan ikan... macam2 boleh buat dengan ubi kayu ni tau! makan ubi rebus cicah sambal tumis pon sodap... !
KUIH TALAM UBI
Bahan-bahan:
Lapisan bawah :
1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Lapisan atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.
Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama ½ jam.
Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.
Jemput lah sarapan...
Salam kak gee.. terbaikk talam ubi kayu nih... alhamdulillah last week pon berjaya buat jugak. abah tun blk dr pasar bawak 2kilo ubi kayu.. fuhh.. lama xtgk ubi kayu, mcm2 resepi nk dicuba. tp yg paling best talam ni la..
ReplyDeletemy feberat nie...
ReplyDeleteSedapnya tengok kuih talam ubi Gee... rasa nak ambik jer sepotong tu :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedapnye kak gee. Mengimbau nostalgia talam ubi ni sebab arwah nenek saya dulu suka buat.
ReplyDeleteassalam
ReplyDeleteselamat tahun baru he heee ucap awal2
salah satu kuih feberet jgk ni
sedappp lemak2 kan