Salam Jumaat yang indah lagi penuh baraqah...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan, keceriaan, kebaikan buat kita semua. Redha lah dengan segala ujian dan dugaan dari Allah... sesungguhnya Allah hanya menduga kita semampunya....
Aci tak pagi-pagi tayang sayur kangkung...? Ini menu iftar semalam sebenarnya... asalnya nak masak lemak cili padi sotong dan goreng sayur kangkung... sesampai di rumah rupanya emak sudah masak acar ikan dan terung goreng bilis... tapi dek kerana encik hb berhajat nak makan sotong fresh untuk berbuka puasa jadi godekkan jugaklah sotong goreng bersama kangkung... 2 in 1 resepi... haha!
KANGKUNG GORENG SOTONG
Bahan A :
500g kangkung
5 ekor sotong sederhana saiznya
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Sedikit serbuk ikan bilis
Bahan B (ditumbuk) :
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara - cara :
Kangkung dipotong kecil dan dicuci bersih.
Sotong dipotong bulat, basuh dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh hingga masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan kangkung. kacau. Tambah garam, serbuk ikan bilis dan sos tiram. Akhir sekali masukkan sotong goreng tadi dan kacau rata sekali lagi.
Hidangkan dengan nasi putih.
Sempat lagi snap pic 10 minit sebelum berbuka puasa... hehehe...
kemaruk! kata hb...
sedap pulak nampak sayur kangkong tu gee... memang dah lama tak beli sayur kangkong yg kontroversi ni.. hehehe....
ReplyDeletekalau makan kankung ni rasa sejuk je perut.. :)
ReplyDeleteWaa Gee ringkas dan sedap...
ReplyDeleteMasak kangkung kita Gee... murahkan kangkung ni... akak pun suka kangkung, Nampak sedap pulak kangkung goreng sotong Gee ni :)
ReplyDeletealahai....sedap nya sotong mkn dgn nasi panas2.......
ReplyDelete