Pages

Monday, January 20, 2014

Mihun sup harijadi Amirul


Selamat pagi Isnin dan selamat pagi kawan-kawan semua... Di harap hari ini hari yang membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam kehidupan kita... marilah kita sama-sama mulakan tugasan hari ini dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.   Semoga Allah takdirkan yang positif dan yang baik-baik saja buat kita... Amin...
 


Mihun sup ini k.gee buatkan sempena ulang tahun ke-20 anak k.gee  Amirul Asyraf baru-baru ini... Mihun sup memang menu kegemaran Amirul... tambah-tambah digandingkan dengan pegedil dan sambal kicap... memang berselera dia makan... tak sedar sudah bujang anak sulung k.gee tu... terasa baru saja melahirkan dia pada tanggal 11 Januari 1994... Amirul anak yg cerdik sejak dari kecil walaupun zaman kecilnya kurang minum susu... dia lebih gemarkan  sirap dan ribena... mujur tumbesarannya normal dan aktif seperti kanak-kanak lain...  semasa berusia 4 tahun dia sudah mengenal huruf dan nombor... setiap pagi dalam perjalanan ke pusat jagaannya dia akan membaca nombor2 plat kenderaan di hadapan... sewaktu 5 tahun Amirul sudah pandai membaca jadi selalulah k.gee belikan dia buku cerita kanak-kanak dan komik... Amirul menduduki peperiksaan UPSR sewaktu berusia 11 tahun dan pada usia 12 tahun dia sudah melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz di Shah Alam... sedih juga sewaktu nak meninggalkan dia di asrama dalam usia yang masih muda... mujurlah dia pandai membawa diri dan cepat berkawan... Setahun menuntut di Shah Alam dan kemudian dia menyambung pengajiannaya di Maahad Tahifiz Negeri Pahang di Kuantan... di sini Amirul aktif bersukan equestrian sehingga dia terpilih mewakili skuad equestrian Pahang di SUKMA 2012 dan SUKMA Kuala Lumpur 2013... Subhanallah... Allah kurniakan anak yg berbakat kepada kami...

Hari ini Amirul menyambung pula pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kapal terbang di sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan... Syukurlah dan semoga Amirul terus sukses dalam pelajarannya dan menjadi anak yang soleh... 
  

  

PEGEDIL

200 gm daging (cincang/blender hingga hancur)
200 gm ubi kentang
daun bawang - hiris
daun sup - hiris
bawang goreng
lada hitam - tumbuk
sedikit garam
1 biji telur
minyak utk menggoreng

1. Kupas kentang, potong, cuci dan toskan. Goreng hingga kekuningan. Tumbuk hingga halus.

2. Sediakan bekas dan masukkan daging yg dicincang/blender tadi, kentang lecek, garam, lada hitam, hirisan daun & bawang goreng. Gaul hingga sebati.

3. Bentukkan bulat dan leperkan...buat hingga habis.

4. Panaskan minyak dengan api kecil....salut pegedil dengan telur dan goreng.
 

MIHUN SUP

Bahan A:

1 paket mee hoon - rendam dan celur hingga lembut
Bahan Kuah Sup:

500 gram daging / tulang 
1 bungkus rempah sup bunjut

Bahan-bahan untuk ditumbuk/kisar:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 sudu rempah sup serbuk

Rempah penumis:
*1 inci kulit kayu manis
*3 kuntum bunga lawang
*5 biji bunga cengkih
*2 biji buah pelaga

Garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan:

Daun sup dan daun bawang dihiriskan
Bawang goreng
Cili merah dihiriskan

Cara Penyediaan

1. Rebuskan tulang/ daging sehingga daging lembut.
2. Tumiskan rempah pemunis beserta rempah serbuk hingga wangi dan masukkan pula bahan-bahan yg dikisar tadi bersama sup bunjut. Kacau.
3.  Masukkan pula daging/tulang beserta air rebusannya dan tambahkan lagi sedikit air. 
4.  Biarkan sehingga mendidih.
5.  Sesuaikan rasanya. Tutup api.


 

Jemputlah...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Slmt ari lahir utk anak bujang gee..semoga menjadi insan yang cedmerlang..amboi sdap nmpk mee sup tu..rasa cam nak negendeng jer semangkuk..

    ReplyDelete
  2. emmmm... best ! Menyelerakan. Saya suka makanan berkuah, lagi-lagi bihun sup

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Gee... dah lama pulak akak tak masak bihun sup ni... berselera pulak akak tengok tayangan bihun Gee ni :)

    ReplyDelete