Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream...
Tetiba teringat lagu zaman kanak-kanak dulu... sehingga kini pun lagu ini masih popular di kalangan kanak-kanak tadika khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris... Bernyanyi merupakan cara yang menyenangkan bagi anak-anak dalam belajar bahasa Inggeris... selain daripada lagu dan irama, gambar, warna dan mainan merupakan alat bantuan mengajar yg sesuai utnuk jiwa kanak-kanak... ops! berlagak macam 'teacher' pulak k.gee hari ini.... hehehe...
Lagu 'row row your boat' tadi tidak kena mengena dengan sajian sarapan pagi ini yer... paratha roll ini sajian sarapan malas dari k.gee... gorengkan roti paratha segera, gulungkan dengan telur dadar dan cicah kuah atau sambal tumis belen semalam... ermmm... menjilat jari you...!!
PARATHA ROLL
Bahan:-
5 keping frozen roti paratha segera
5 biji telor - dipukul sedikit
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris
2-3 biji cili padi - hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak/marjerin untuk menggoreng
Cara-cara:-
Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa sedikit marjerin dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
Dalam mangkuk lain, campurkan telur bersama bawang, daun bawang, cili dan garam. Kacau rata.
Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak/marjerin dan tuangkan 3 sudu besar adunan telur, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
Masak lebih kurang 2-3 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kegemaran dan sedap dimakan ketika panas2....
Simple tapi sedaaaappp....
Ada yang nak ngendeng paratha roll k.gee keee...?
sudi-sudikan lah...
salam
ReplyDeletewow!!!bagus ni untuk bf kak gee...
Assalamualaikum Gee row..row...row your boat..sambil tu anto kt Uj sepiring...yumyum..
ReplyDeleteTerliur pulak akak tengok Gee... boleh jugak jadi idea utk akak buat sarapan pagi anak pergi sekolah esok ni :)
ReplyDeletesedap tu kak gee... terus lapar perut dibuat nya....
ReplyDeletesalam kak!!tgok cara akk post kt cini mcm sng je..tpi bila sy nk wat nih yg tkut xjdi..hihi..tgn xkreatif kot..hihi
ReplyDeleteSimple and sedap! Meh sepinggan!
ReplyDeleteKreatif la Gee,nanti nak cuba buat pulak..simpan resepi dulu.
ReplyDelete