Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia...Sabda Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat Islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Subhanallah Alhamdulillah La ilaha illallah Allahuakbar...
Hidangan serba ringkas hari ini nasi bersama sup ayam... maklumlah tuan tanah kurang sihat jadi layan sup memujuk tekak yang perit dan meragam...
NASI SUP
(Ikut style Wana Potret kasih)
Untuk sup
K.gee gunakan bahagian rangka ayam, bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk (dipotong kecil2 )
Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )
Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam. Jika suka boleh tambahkan ubi kentang, karot dan sayur2an lain yg digemari.
3. Sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….
* Untuk menghidang... masukkan 1 scoop nasi ke dalam mangkuk dan tuangkan sup ayam tadi. Sedia dinikmati.
Jemputlah....
Klo demam mkn ni terus sihat jan kakgee hihi
ReplyDeletelawo nye bekas sup tu.. :)
ReplyDeletekalau orang sehat pun sekali2 makan nasi dengam sup ayam ni saja pun sedap jugak...nak pedas tambah sambal kicap kan...
ReplyDeletesedapnya sup...sup ayam mmg terbaik
ReplyDeletesedapnya sup...sup ayam mmg terbaik
ReplyDeleteSaya memang suka masakan bersup ni. Dan akak memang rajinnnnnn sangat. Meh la hembus kerajinan akak tu sikit....
ReplyDeletesedap nampak gee... kita suka sup2 mcm ni... kalau dpt lwn dgn bihun lagi ngancam pastu buat sambal kicap.. hehehe... dah mulalah tu lebih2 plak kan.. hehe...
ReplyDeletebest nasi sup ni.kesukaan saya!
ReplyDeletekalau dpt nie,mmg berselera nk2 time di awal trimester pertama nie..
ReplyDelete