Kita hampir melangkah ke fasa "Itqun Minan Nar” fasa pembebasan dari api neraka. Bersama-sama lah kita perbanyakkan zikrullah, berdo'a, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api Neraka!
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "
"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api Neraka."
Lauk lagi...?! bila nak panaskan oven ni k.gee? haaiiii... resipi biskut memang udah bertimbun... pantang tengok save... asal berkenan simpan.. kumpul...udah berlambak... kalau disusun dah boleh sampai ke Langkawi gamaknya... nak buat entah bila.... aura cookies tak kunjung tiba lah nak buat macam mana, kaan... hahaha... monolog dalam diri... alasan!
InsyaAllah cuti hujung minggu ini bolehlah mula mengukis... hari ini kita layan lauk pauk dulu yer... manalah tau kot2 berbuka petang ini ada yang nak mencuba resipi orang Pahang... di sini k.gee kongsikan resipi Opor Pahang menggunakan rempah opor segera... sudah beberapa kali k.gee buat...versi daging boleh lihat di SINI... memang tidak mengecewakan dan boleh dicadangkan untuk dijadikan hidangan hari raya nanti... Jom semak resipi...
OPOR AYAM PAHANG STYLE
1 ekor ayam
1 paket rempah opor ‘Ubai Saji’(bancuh dengan secawan air)
1 sudu kerisik
1 mangkuk santan
Asam keping
Sedikit minyak menumis
Garam dan gula secukupnya
Daun limau purut
Serai - diketuk
Caranya :
1) Bersihkan ayam dan dipotong kecil.
2) Bancuh Rempah Opor dengan secawan air.
3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan rempah opor. Kacau.
4) Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sehingga ayam kecut.
5) Masukkan juga daun limau purut dan serai.
6) Tambahkan sedikit air dan biarkan ayam mesra dengan rempah opor seketika.
7) Masukkan santan, garam, gula dan asam keping.
8) Biarkan sehingga mendidih dan tambahkan pula kerisik jika suka.
9) Masak sehingga kuahnya pekat.
10) Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat atau apa sahaja yg digemari...
* p/s : untuk makluman, rempah opor yg k.gee guna ini sudah lengkap dengan bahan-bahan bumbu dan rempah ratusnya, jadi tidak perlu lagi bubuh bawang dll. k.gee guna jenama Ubai Saji... terkenal di Kuantan dan Pekan.

Kali ini k.gee gu kan opor bersama tortilla...
cubalah.... pasti nak lagi...
Mana cari rempah opor tu Gee.. teringin pulak akak nak membuatnya..
ReplyDeleteSalam Kak Gee,
ReplyDeleteSedapnya!! Saya tak pernah buat opor ni. Nanti senang nak cari daging lah buat opor. Terliur dah ni.
Assalam gee,
ReplyDeleteNampak sedap opor ala pahang ni..
Rempah ubai tu kalau tak Ada apa boleh disubsitutekan ya..?
Gee...mengancam la opor tu..
ReplyDelete