Bila teringin makan mee bandung, terbayang-bayang mee bandung Muo... eh eh Muar... mee yang menjadi makanan kebanggaan orang Johor... kami yang bukan orang Johor pun memang gemar makan mee bandung terutama bila menghirup kuahnya yang ada rasa masam dan manis yg sangat 'ngam' dengan tekak...
Yang ini mee bandung k.gee versi simple dan campak-campak... ada stok daging korban sikit, telur sebiji, tauhu sekeping dan 2,3 ekor udang hidup... jadilah... janji dapat penuhi hajat tekak... kan?
MEE BANDUNG SIMPLE
(cnp : Potret kasih,
Resepi asal : Nuridah, Dapur Madihaa)
Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur
2 helai daun kubis ~ tak letak
4 batang jagung muda ~ tak letak
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
Cara2
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam n gula secukup rasa.
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging).
Simple jer.... janji kenyang...
hehehe
Wah kak G, makan mee bandung sorang sorang ye....
ReplyDeletealhamdulillah sedapnya :)
ReplyDeletelepas tu nampak pulak air tembikai di belakang tu
slurpp
Mee bandung, air bandung...makan jek x payah pegi Bandong
ReplyDeleteSedapnyaaa
alahai gee bukan lah simple dah tu dah macam astro lah macam2 ada kat dalam tu terliuq sungguh orang jauhni
ReplyDeleteGee ..uj nak ode yer..mee bandung satu..hehe ;)
ReplyDeleteSalam Kak Gee,
ReplyDeleteYa Allah lapar ni Kak Gee.