Dua tiga hari ini menu asyik berlaukkan daging... memang puas hati dapat makan daging segar dan baru... terasa manisnya daging korban yang penuh barakah... anak-anak paling suka daging masak kicap dan daging goreng black pepper... siap meratah lagi... encik hubby sukakan singgang daging.... k.gee pula lebih sukakan daging masak lemak cili padi... buat pedas2 dan pekat kuahnya... hiriskan daun kunyit dan makan bersama nasi hangat... pergghhh!!!! 3 pinggan bertambah nasi you... tak sempat nak shooting sudah licin... hehehe
Itu kisah daging... sajian hari ini bukan bab daging tetapi menu ikan yg ringkas dan ala kadar saje... ikan goreng taucu... k.gee gunakan ikan tongkol atau ikan aya hitam... isinya lembut dan padat hampir sama isi ikan tenggiri... sedap juga kalau dimasak kari, singgang atau gulai nasi berlauk...
Sebenarnya di rumah k.gee jarang sekali masak taucu sebab bukan makanan peberet.... hanya k.gee sorang saje yg gemarkan taucu... lagipun memang sudah lama tak mentaucu...teringin pulak... Sesiapa yang sukakan taucu jom semak resipi mudah ini...
IKAN GORENG TAUCU
Bahan:
2 keping ikan tenggiri atau apa-apa ikan kegemaran - bersihkan dan lumur garam n kunyit
1 biji bawang besar ~ potong bulat
3-4 butir bawang putih ~ dihiris
1/2 inci halia (dihiris panjang)
3 biji cili hijau ~ di belah tengah
3-4 biji cili padi
3-4 sudu taucu
Air asam jawa
Gula secukup rasa
Cara:
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.
- Keluarkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau..
- Masukkan taucu, air asam jawa dan sedikit gula
- Tambahkan sedikit air jika perlu. Masak seketika
- Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar, cili hijau. cili padi dan gula.
- Tak perlu masukkan garam kerana biasanya taucu sudah masin.
- Biar mereneh sekejap baru masukkan ikan goreng tadi.
- Gaul dan siap.... Boleh dihidangkan...
Cepat dimasak sedap dimakan... boleh buat juadah makan tengahari hari ini...
jom...!
Salam Kak Gee,
ReplyDeleteYa Allah.. saya suka lauk camni. Saya tengah lapar ni nak tunggu lunch kejap lagi! Tengok pulak lauk Kak Gee.. kecur!
ringkas tp sedap....sy pun suka dengan masakan taucu
ReplyDeleteTerbaek ni gee.. Makan dgn nasi pepanas.. 👌
ReplyDeleteKuah taucu tu yang buat menjilat jari!
ReplyDeleteAssalamualaikum Gee..mmg menyelerakan kalau mkn lauk cenggini...mau bertambah nasik dipinggan..yumyum..
ReplyDelete